“Muka besar macam sport rim 14 inci bila bulu kembang” – Pemuda nekad masuk hutan cari iPhone dilarikan Pak belang

Photo of author

By Syima Iza

“Muka besar macam sport rim 14 inci bila bulu kembang” – Pemuda nekad masuk hutan cari iPhone dilarikan Pak belang.

Dua pemuda nekad masuk semula ke kawasan hutan untuk mencari beg yang dibawa lari oleh seekor harimau belang ketika mereka sedang memancing di sekitar Felda Nitar 1, Mersing, Johor, pada Khamis lalu.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohd Azmir berkata, dia bersama seorang rakannya kembali ke kawasan hutan pada hari kedua selepas kejadian tersebut.

"Muka besar macam sport rim 14 inci bila bulu kembang" - Pemuda nekad masuk hutan cari iPhone dilarikan Pak belang

“Ini gambar hari kedua aku masuk semula ke dalam hutan untuk cari beg, dalam beg itu ada iPhone 13 Pro. Itu yang aku cari sampai dapat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada hari Jumaat.

Azmir turut memaklumkan bahawa dia dan rakannya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

“Alhamdulillah, umur masih panjang. Kepada kawan-kawan semua, aku selamat dan tidak cedera. Jangan hubungi dan Whatsapp bertalu-talu.

“Nanti bila dah tenang sedikit, aku akan balas semua mesej. Lagi pun sekarang aku berada di Terengganu ‘makan angin’. Apa yang aku boleh katakan, tinggi harimau itu paras pinggang, kira-kira tiga setengah kaki, dan mukanya sebesar sport rim 14 inci bila bulunya kembang,” tulisnya.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan situasi cemas dua pemuda tersebut apabila seekor harimau belang muncul ketika mereka leka memancing, sebelum salah seorang daripadanya terserempak dengan haiwan buas itu.

Terkejut dengan kehadiran harimau tersebut, lelaki itu terkaku dan hanya mengikut arahan serta nasihat daripada rakannya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian.

Pemuda itu bertindak tenang dan tidak melarikan diri, sebaliknya berundur perlahan-lahan ke belakang sambil rakannya membacakan surah al-Fatihah dan doa Nabi Sulaiman untuk memohon perlindungan daripada serangan harimau tersebut.

Setelah harimau itu pergi, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk memanjat pokok bagi tujuan keselamatan dan menunggu sehingga bantuan daripada rakan-rakan tiba di lokasi.

Baca Juga:
Otai RXZ tunggang motor pakai serban ke ‘RXZ Member 6.0’ Terengganu curi perhatian ramai
Lelaki bela landak Jawa menangis histeria selepas dihukum penjara 5 tahun
2 konco along ‘terciduk’ gara-gara baling cat salah rumah