Muka berlubang, dah macam ‘jalan tar’ – Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih

Photo of author

By Syima Iza

Muka berlubang, dah macam ‘jalan tar’ – Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang gadis menangis kesedihan di dalam kereta kerana dihina oleh seorang individu yang dipercayai merupakan kekasih baharu bekas teman lelakinya.

Gadis menangis, wajah dihina

Muka berlubang, dah macam 'jalan tar' - Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih

Menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, gadis berkenaan berkongsi mesej suara yang dipercayai dihantar oleh teman wanita bekas kekasihnya itu. Lebih meruntun hati apabila individu itu dengan selambanya menghina wajah gadis terbabit yang dikatakan berlubang seperti ‘jalan tar’.

Carilah skin care ke, kalau tak boleh kau pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu. Tak ada lah macam jalan tar. Aku tengok teruk sangat tu, berlubang pula. Ibarat macam jalan tar rosak, berlubang-lubang.

@sailormoons4 she dont know how hard i try:( #foryourpage #fyp #hurtmyfeelings #foryourpageeee ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Dakwa gadis itu lagi, dia langsung tidak mengenali teman wanita bekas kekasihnya itu malah tidak tahu mengapa dia dihina sebegitu rupa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya akui geram dengan kata-kata sindiran wanita terbabit. Tidak kurang juga, ada memberi kata-kata semangat buat gadis ini dan memintanya agar tidak menghiraukan hinaan daripada wanita terbabit.

Baca Juga:
7 tahun kahwin tapi masih dara, dapat suami cukup pakej lagi handsome tapi…
Guru cerita kisah sedih pernah dikurung ibu sakit mental sebelum pergi sekolah buat ramai sebak
Wanita diculik di Sentul angkara urus niaga dadah, nilai tebusan RM100,000