Muhyiddin Yassin buat pusingan U selepas dipujuk isteri

Photo of author

By Syima Iza

Muhyiddin Yassin buat pusingan U selepas dipujuk isteri.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menarik balik keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan sebagai presiden parti itu, tahun depan.

Muhyiddin berkata dia membuat keputusan itu berikutan permintaan isterinya agar dia kekal memegang jawatan itu sekurang-kurangnya satu penggal lagi.

“Apa isteri saya kata, stay another term (kekal satu penggal lagi).

Muhyiddin Yassin buat pusingan U selepas dipujuk isteri

“Saya kata yang ok yang, i will stay for the last term (Saya akan pertahan penggal terakhir).

“Kemudian dia jawab, alhamdulillah. Isteri saya kata thank you, this is for the nation, abah must go on (Terima kasih, ini untuk negara, abah kena teruskan).

“Jadi saya nak nyatakan bahawa atas hasrat baik sadara-saudara sekalian, dan pimpinan, saya buat keputusan untuk menawarkan diri saya bertanding jawatan presiden,” katanya dalam ucapan penangguhannya di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu hari ini.

‘Kuasa paling besar isteri saya’

Menurut ahli parlimen Pagoh itu, dia pada mulanya merasakan sudah tiba masanya untuk bersara daripada politik dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Rancangan itu, kata Muhyiddin, telah dibincangkan bersama ahli keluarga dan rakan terdekat sebelum dia membuat kepuitusan dan mengumumkan perkara itu semasa menyampaikan ucapan dasar semalam.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata selepas perwakilan Bersatu dan pemimpin tertinggi parti itu membantah hasrat berkenaan, isteri Muhyiddin Noorainee Abdul Rahman menasihatinya supaya tidak menghampakan mereka.

“Sebenarnya kuasa paling besar, nak sebut kat sini, bukan perhimpunan agung. Kuasa paling besar sebenarnya isteri saya,” katanya sambil bergurau dengan perwakilan.

Keputusan Muhyiddin itu disambut baik oleh perwakilan yang memberikan tepukan gemuruh kepadanya, dengan ramai yang melaungkan “Hidup Abah”.

Presiden Bersatu itu kemudian meminta semua ahli parti yang hadir berbaiah akan setia dan membantu parti itu menawan Putrajaya semula.

Hamzah menitiskan air mata

Sementara itu Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dilihat menitiskan air mata sebak ketika menyampaikan ucapan penangguhan.

“Ketika Tan Sri (Muhyiddin) buat pengumuman, saya lihat ramai perwakilan menitiskan air mata, we love him so much! (Kami sangat sayangkannya).

Rata-rata penggulung juga memujuk Muhyiddin untuk mempertimbangkan hasratnya kerana berpendapat parti itu masih memerlukan kepimpinannya.

Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu pula berkata dia sememangnya yakin Muhyiddin akan pertimbangkan semula keputusan itu.

Ketua Srikandi Rina Harun turut menayangkan video pendek ‘untuk Abah’ bagi menyatakan penghargaan kepada Muhyiddin.

“Srikandi tidak bersetuju langsung dengan hasrat abah untuk tidak mempertahankan jawatan presiden.

“Kekuatan Puan Sri menjadi satu sumber kekuatan Tan Sri, kami (srikandi) mengucapkan terima kasih,” ucapnya dalam nada sebak.

Baca Lagi:
Penampakan ‘lembaga putih’ di balkoni waktu maghrib undang tanda tanya netizen
“Meremang bulu roma”, pengantin lelaki dan wanita dirasuk ketika majlis kahwin
6 beradik rogol budak 11 tahun bergilir-gilir