Muhyiddin pula cabar SPRM siasat Anwar, Zahid

Photo of author

By Syima Iza

Muhyiddin pula cabar SPRM siasat Anwar, Zahid. Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dana politik yang diterima UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan, pemimpin parti termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga perlu disiasat bagi mengetahui sumber sumbangan politik itu.

“Saya nak cabar SPRM supaya siasat Anwar dan Zahid. Kenapa? Mereka berdua adalah Presiden PKR dan UMNO. Tanya dia, siasat di mana punca dana yang diterima oleh UMNO dan PKR.

Muhyiddin pula cabar SPRM siasat Anwar, Zahid

 

“Sejak awal lagi, dari manakah sumber yang mereka perolehi, atau sumber manakah DAP dan PH terima setakat ini. Jawab!,”katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 di Menara PGRM, Cheras di sini pada Ahad.

Muhyiddin juga mahu UMNO, PKR dan DAP memberi jawapan kepada persoalan adakah parti itu tidak menerima sumbangan dana politik dari mana-mana ahli perniagaan.

”Sebelum PRU15, UMNO adalah parti utama dalam kerajaan persekutuan, PM dari UMNO. UMNO juga ketuai kerajaan. Nak tanya adakah UMNO tidak menerima sumbangan dana politik daripada ahli perniagaan? Jawab!

“PKR pula mengetuai Selangor, Negeri Sembilan, dan DAP di Pulau Pinang. Tanya mereka adakah mereka tidak menerima sumbangan politik dari mana-mana ahli perniagaan?,” tegasnya.

Tambah Muhyiddin, banyak laporan dibuat ahli Bersatu agar SPRM menyiasat sumber dana daripada parti-parti lain.

Namun, ujarnya, tiada tindakan lanjut dilakukan SPRM, sebaliknya hanya Bersatu disiasat suruhanjaya itu.

“Hanya saya didakwa sebagai Presiden Bersatu. Presiden parti lain dikecualikan daripada siasatan dan pendakwaan. Bukankah ini satu bentuk pendakwaan politik yang terpilih?

“Malah,semasa proses siasatan masih berjalan, banyak kali media arus perdana secara tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, telah memetik sumber SPRM kata mereka… mengatakan saya akan ditahan dan didakwa, seolah-olah mereka sudah tahu saya akan didakwa walaupun siasatan belum lagi selesai,” jelasnya lagi.

Justeru tegas Muhyiddin, beliau tidak bersalah dan segalanya akan dijawabnya di mahkamah kelak.

“Saya harap mahkamah berlaku adil kepada saya,” ujar beliau.

Baca Lagi:
Tersalah arah kiblat, perlu qada solat atau tidak?
Lelaki stress menang loteri RM14 juta, duit belum dapat orang dah cari minta tolong
Fenomena aneh hujan cacing, berselerak di atas jalan, atas bumbung kereta