Muhyiddin malu besar kena bayar RM1.3 juta kepada Guan Eng isu fitnah cukai Yayasan Albukhary

Photo of author

By Syima Iza

Muhyiddin malu besar kena bayar RM1.3 juta kepada Guan Eng isu fitnah cukai Yayasan Albukhary.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi sebanyak RM1.3 juta kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berikutan kenyataan fitnah berkaitan isu cukai Yayasan Albukhary.

Keputusan ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain setelah mendapati Guan Eng berjaya membuktikan dakwaannya terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Muhyiddin malu besar kena bayar RM1.3 juta kepada Guan Eng isu fitnah cukai Yayasan Albukhary

Roz Mawar menyatakan bahawa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan tanpa asas yang memberi kesan buruk kepada reputasi Guan Eng. Mahkamah turut mengarahkan Muhyiddin untuk menarik balik kenyataan tersebut serta tidak mengulanginya.

Mahkamah memutuskan bahawa kenyataan tersebut telah menyebabkan reputasi Guan Eng terjejas dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kes ini bermula apabila Guan Eng menuntut Muhyiddin memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwanya bermaksud beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan untuk mengenakan cukai tidak wajar ke atas Yayasan Albukhary.

Menurut Guan Eng, kenyataan Muhyiddin juga menggambarkannya sebagai bersifat anti-Melayu dan anti-Islam, seolah-olah mensasarkan yayasan berkenaan atas dasar perkauman.

Guan Eng turut menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan agar penyiaran permohonan tersebut dilakukan di media sosial Muhyiddin, portal berita, serta akhbar.

Keputusan mahkamah ini menyaksikan penyokong Guan Eng di bilik bicara bersorak gembira, manakala Muhyiddin tidak hadir dalam prosiding tersebut.

Baca Juga:
Ramai tak puas hati kedai makan caj ‘aircond’ RM1.00
Lelaki buat ‘live’ jual kain kafan di TikTok laku keras!
Ramai warga Amerika mahu tinggal di Malaysia, tapi mereka takut dengan satu undang-undang ini