Muhyiddin dilepaskan, bebas dari 4 tuduhan guna kedudukan rasuah RM232.5 juta

Photo of author

By Syima Iza

Muhyiddin dilepaskan, bebas dari 4 tuduhan guna kedudukan rasuah RM232.5 juta.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.

Muhyiddin dilepaskan, bebas dari 4 tuduhan guna kedudukan rasuah RM232.5 juta

Sebelum ini media melaporkan Muhyiddin memfailkan notis usul untuk membatalkan pertuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memohon supaya dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu, dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Melalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat pertuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Muhyiddin, 75, ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi Bersatu.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Baca Lagi:
PN kuasai PRN, Muhyiddin desak Anwar, Zahid letak jawatan
Panglima perang Pas bakal MB Kelantan?
Ibu terlantar sakit, anak tangkap bapa ‘kantoi’ berlaku curang kali kedua