Muat naik video murid di TikTok, Menteri arah JPPK buat laporan polis terhadap ‘Abang Bas’

Photo of author

By Syima Iza

Muat naik video murid di TikTok, Menteri arah JPPK buat laporan polis terhadap ‘Abang Bas’.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, telah mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik video pelajar di bawah tanggungannya.

Nancy menyatakan bahawa kementeriannya juga bersedia untuk bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK).

Muat naik video murid di TikTok, Menteri arah JPPK buat laporan polis terhadap 'Abang Bas'

“Perbuatan ini tidak boleh diterima dan tidak sepatutnya dinormalisasikan. Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah pelanggaran hak dan privasi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya menerusi akaun X beliau, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada hantaran seorang pengguna X yang berkongsikan beberapa tangkap layar dari TikTok milik seorang pemandu bas sekolah, yang merujuk seorang pelajar perempuan sebagai ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Berdasarkan pemerhatian Bernama di TikTok, akaun pemilik yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ itu mempunyai lebih daripada 600,000 pengikut dan sering memuat naik video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah pelajar yang dibawanya jelas kelihatan.

Baca Juga:
Dekat Malaysia orang guna masuk tandas, tak sangka di Arab harga cecah RM5,000 sepasang
Terlebih bayar RM2,660, Kedai Nasi Lemak cari pelanggan tersilap bayar QR code
YouTuber terkejut robot anjing bernilai hampir RM500,000 menyalak keluar api