“Mu main mende sini!”- Budak lelaki selamba lepak dekat kubur seorang diri sambil tengok video

Seorang kanak-kanak lelaki menarik perhatian ramai apabila ditemui berbaring santai di dalam sebuah tanah perkuburan sambil bermain telefon bimbit tanpa mengendahkan persekitaran sekelilingnya.

Melalui perkongsian video di laman TikTok @wandadonut167, kanak-kanak lelaki itu kelihatan serius menonton video melalui telefon bimbitnya sambil berbaring atas kotak di tengah-tengah kawasan perkuburan sebelum disergah oleh ibunya.

“Alahai anak, boleh pula dia berkampung dekat kubur sambil tengok telefon. Kan bangun ahli kubur dik,” ujar ibunya.

"Mu main mende sini!"- Budak lelaki selamba lepak dekat kubur seorang diri sambil tengok video

Difahamkan, anak ketiganya itu memang suka menyendiri dan lebih suka berkawan dengan haiwan seperti kucing berbanding kanak-kanak sebaya.

Dalam ruang komen, kebanyakan pengguna geli hati dengan kelakuan aneh kanak-kanak itu yang tidak gentar berbaring di tempat sunyi tersebut.

“Hati kau keras dik, akak lalu tepi jalan nampak kubur pun muka akak pusing ke lain,” komen Miss Lily.

@wandadonut167 Replying to @ejaliza123 panggil kluar pun tak nak…#videopelik #tanahkubur #budakkampung ♬ original sound – Wanda Donut & Bakery

“Mesti anak nombor tiga, hati kering sikit, suka duduk seorang diri, malas nak berkawan sebab kadang-kadang orang tak peduli kehadiran kita,” kata Farah Abdullah.

“Mereka masih belum berakal, masih di dalam rahmat Allah. Ahli kubur mendapat rahmat dari adik ni, moga besar nanti hebat jadinya,” kata Rafie Huzzainie.

Setakat ini, video itu telah mendapat 1.6 juta tontonan, 51,900 tanda suka, dan 9162 perkongsian.

@wandadonut167 dia ni pelik² mainan… #fyp #videopelik #tanahkubur ♬ bunyi asal – 😎✊️kamal ekk💋👅 – 🎩poksey💫

Baca Juga:
Tular video budak 6 tahun lincah main badminton, netizen siap puji cara letak bola net ada kelas!
‘Haram’ kalau ahli PAS tak keluar mengundi di KKB – Takiyuddin
Pelajar cemerlang sanggup bawa asid dari Johor ke Kelantan, simbah rakan baik hingga cedera parah
CATEGORIES