
MRSM tertinggi di Malaysia siap dibina, siap boleh view Gunung Kinabalu..sambil belajar sambil healing!
MRSM tertinggi di Malaysia siap dibina, siap boleh view Gunung Kinabalu..sambil belajar sambil healing!
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Ranau, Sabah ini pasti memberikan satu pengalaman unik kepada pelajar dan warga pendidik disini nanti.
Ia telah siap dibina dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertamanya pada 2024.
MRSM ini akan menjadi gedung ilmu kepada pelajar di daerah Ranau, Sabah dan beberapa kawasan lain sekitarnya.
Mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu, ia merupakan projek usahasama kerajaan negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diatas tapak dengan keluasan 30 ekar.
Menerusi foto yang tular di aplikasi X, para pelajar kumpulan pertama itu nanti juga berpeluang menikmati segala kelengkapan sekolah serba baharu dan moden, dalam suasana indah pemandangan Gunung Kinabalu. Bak kata orang, sambil belajar sambil healing!