MPV terbakar dan meletup, pemandu nyaris rentung

Photo of author

By Syima Iza

MPV terbakar dan meletup, pemandu nyaris rentung. Sebuah kenderaan musnah sepenuhnya selepas terbakar secara tiba-tiba di hadapan Petronas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sebelum Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.03 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

MPV terbakar dan meletup, pemandu nyaris rentung

Katanya, sebanyak sembilan anggota berserta dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bagi melakukan pemadaman api.

“Laporan di lokasi mendapati sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Naza Ria telah terbakar sepenuhnya.

“Kejadian tersebut didapati berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak dan mangsa sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca Lagi:
Dua beradik rentung rumah terbakar, gagal keluar pintu jeriji terkunci
Hotpot meletup sekeluarga melecur, pemilik hanya bayar ganti rugi RM4000
Tular rakaman video dalam ‘fitting room’ butik pakaian terkemuka, dijual kepada orang awam