Mohon ‘roadtax’ percuma untuk anak ada kad OKU, ini syaratnya

Mohon ‘roadtax’ percuma untuk anak ada kad OKU, ini syaratnya

Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang tidak pernah mengabaikan keperluan atau kepentingan hak asasi golongan orang kelainan upaya atau OKU.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat turut menyediakan pelbagai inisiatif dan bantuan membabitkan pelbagai aspek serta sektor.

Beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan golongan OKU mendapat hak sama rata. Misalnya, penyediaan tempat parkir khas, pengecualian bayaran perubatan dan lain-lain lagi.

Mohon 'roadtax' percuma untuk anak ada kad OKU, ini syaratnya

Bukan itu sahaja, malah bagi golongan OKU yang mempunyai kenderaan mereka tidak lagi perlu membayar cukai jalan untuk kenderaan masing-masing.

Untuk makluman anda, insentif pengecualian fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi kenderaan golongan OKU akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sekiranya layak dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Menurut seorang pengguna X, @skinnyondinie, manfaat ini juga boleh dinikmati oleh ibu bapa dan waris kepada pemegang kad OKU.

Antara syarat-syarat waris OKU boleh mohon roadtax percuma

Permohonan ini terbuka untuk semua kategori OKU termasuk ibu bapa yang berdaftar dan mempunyai anak OKU serta suami dan isteri yang tergolong dalam golongan OKU.

Berikut adalah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JPJ:

  • Permohonan kali pertama hanya boleh dikemukakan di Pejabat JPJ  Negeri/ Cawangan.
  •  Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan telah berdaftar serta mempunyai rekod dengan JKM.
  • Permohonan boleh dikemukakan oleh wakil dengan membawa surat kuasa dari OKU yang tidak hadir secara sendiri atas sebab-sebab kesihatan bersama surat pengesahan dari pegawai kesihatan.
  • Bagi permohonan pengecualian LKM OKU yang melibatkan kenderaan waris /penjaga berdaftar, permohonan boleh dibuat oleh waris/ penjaga yang telah pun berdaftar dan mempunyai rekod dengan JKM. Maklumat waris/ penjaga berdaftar akan disemak secara automasi dengan rekod yang disalurkan oleh JKM kepada sistem JPJ.
  • Permohonan pengecualian LKM OKU ini melibatkan semua kategori kecacatan.
  • Kenderaan yang dipohon hendaklah didaftarkan di atas nama pemohon OKU atau waris/ penjaga berdaftar.
  • Bagi kenderaan motor yang tidak diubah suai, pengecualian hanya kepada Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.
  • OKU atau waris/ penjaga berdaftar yang memohon pengecualian LKM OKU atas kenderaan mereka, mestilah mempunyai lesen memandu (CDL atau PDL) yang berkuat kuasa semasa permohonan dilakukan.
  • Hanya untuk satu kereta dan satu motosikal sahaja.
  • Permohonan hanya tertakluk kepada kenderaan yang didaftarkan sebagai kenderaan persendirian milik individu sahaja.

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan

Pemohon perlu mempunyai salinan asal kad OKU dan salinannya. Selain itu, pemohon perlu menyediakan satu borang pengisytiharan (Pindaan dan Pembatalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Bagi Orang  Kurang Upaya).

Seterusnya, pemohon perlu mempunyai salinan lesen memandu yang sah. Bagi yang menggunakan wakil, surat wakil dan juga kad pengenalan wakil sekiranya wakil yang hadir ke kaunter.

Dalam pada itu, wakil yang hadir semasa mengemukakan permohonann perlu mempunyai surat kuasa dari pemohon OKU.

Baca Juga:
Selepas aksi langkah kubur dikecam teruk, Kek Nan tampil beri penjelasan
Pelancong baca ayat al-Quran di hadapan patung Dewa Murugan Batu Caves mohon maaf
Pelajar madrasah ‘diseterika’ seluruh badan kerana enggan salam dengan senior
CATEGORIES