Mohamad Sabu lawat ladang telur di India, lihat sendiri telur ayam diproses

Mohamad Sabu lawat ladang telur di India, lihat sendiri telur ayam diproses

Mohamad Sabu lawat ladang telur di India, lihat sendiri telur ayam diproses. Ekslusif Ketika rakyat Malaysia bercuti hujung minggu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Haji Mohamad Sabu ke Namakkal, Tamil Nadu, India hujung minggu ini bagi melihat sendiri bagaimana telur-telur ayam diproses sebelum dieksport ke Malaysia.

Tujuannya hanya satu, bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia ini adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

Mohamad menghubungi Harapan Daily dari Namakkal jam 8.45 malam ini ketika dalam perjalanan balik ke lapangan terbang Chennai, India selepas melawat selama dua jam ladang pengeluaran dan pusat pengumpulan telur sebelum di eksport.

Mohamad Sabu lawat ladang telur di India, lihat sendiri telur ayam diproses

“Setelah melihat sendiri, saya yakin telur ini selamat dan melalui proses yang hygienic untuk dimakan oleh rakyat Malaysia,” kata Mohamad.

Untuk sampai ke Namakkal, Mohamad terpaksa menaiki kereta selama lapan jam dari lapangan terbang Chennai yang terletak dalam negeri Tamil Nadu, Selatan India.

“Saya duduk dalam kereta lapan jam dan sekarang dalam perjalanan balik ke lapangan terbang Chennai untuk pulang kira-kira lapan jam lagi berkereta.

Mohamad Sabu lawat ladang telur di India, lihat sendiri telor ayam diproses

Mohamad melihat sendiri pusat pengumpulan telur di Namakkal, Tamil Nadu India, sebelum dieksport ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Jadi ini dalam sejarah untuk saya juga kerana terpaksa naik kereta selama 16 jam dalam sehari,” kata Mohamad kepada Harapan Daily.

Melalui klip video yang dihantar, Mohamad berkata, beliau turut melawat pusat pengumpulan telur sebelum ia dihantar ke Malaysia, Maldive, Qatar, Oman dan beberapa negara lain lagi.

Jangan lupa follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Ibu dan anak gadis dicekup berkhalwat dengan duda
‘Inspektor Ku’ tipu pensyarah wanita, RM1.3 juta duit simpanan lesap
Disksun saman trafik sehingga 50 peratus bermula 10 Januari ini
CATEGORIES