Model tinggi lampai Vietnam dedah rahsia cecah ketinggian 1.75 cm

Model tinggi lampai Vietnam dedah rahsia cecah ketinggian 1.75 cm

Model tinggi lampai Vietnam dedah rahsia cecah ketinggian 1.75 cm.
Seorang bekas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand Vietnam 2023 mendakwa bahawa rahsia kepada ketinggiannya adalah tabiat minum susu dua hingga tiga gelas sehari, lapor laman berita VNExpress semalam.

Nguyen Hoang Hieu Minh, 19, mempunyai ketinggian 175 sentimeter (5 kaki 8.8 inci).

Model tinggi lampai Vietnam dedah rahsia cecah ketinggian 1.75 cm

Sejak kecil, dia lebih tinggi daripada rakan-rakan sebayanya dengan mencatatkan ketinggian lebih 170 sentimeter pada usia 16 tahun.

Menurut Hieu Minh, dia percaya keadaan itu disebabkan oleh tabiatnya yang gemar minum susu segar selain mengamalkan senaman dan diet seimbang.

Disebabkan keluarganya mempunyai ladang sayur organik serta turut memelihara lembu, Hieu Minh berpeluang minm susu segar yang diambil secara harian.

Ada masanya, dia mengambil sehingga 2 liter susu sehari dan sering minum sebelum sarapan, waktu petang dan dua jam sebelum tidur.

Antara tabiatnya yang lain adalah tidur awal dan mendapatkan lena yang mencukupi selama lapan jam sehari.

“Saya sering masuk tidur sebelum pukul 10 malam kecuali apabila saya perlu menelaah pelajaran sebelum peperiksaan,” katanya yang merupakan pelajar di Akademi Diplomatik Vietnam.

Tambah model sambilan itu, dia berhasrat untuk meningkatkan ketinggiannya sebanyak 3 sentimeter hingga 5 sentimeter agar mempunyai peluang lebih cerah bagi memenangi pertandingan ratu cantik pada masa akan datang.

Baca Lagi:
Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19
Kanak-kanak 5 tahun cedera parah diserang lebih 30 ekor kera di Kuala Krai
Bapa empat anak bawa pulang RXZ Catalyzer bernilai RM23,000 menang cabutan bertuah
CATEGORIES