Model sensasi Gigi Hadid ditangkap polis kerana bawa dadah ketika bercuti

Photo of author

By Syima Iza

Model sensasi Gigi Hadid ditangkap polis kerana bawa dadah ketika bercuti.

Model sensasi , Gigi Hadid mengejutkan dunia hiburan apabila ditahan polis selepas didakwa memiliki dadah jenis marijuana ketika bercuti di Pulau Cayman, 10 Julai lalu.

Gigi, 28, dilaporkan menaiki pesawat peribadi ke destinasi popular itu untuk bercuti bersama kawan-kawan rapatnya.

Model sensasi Gigi Hadid ditangkap polis kerana bawa dadah ketika bercuti

Mereka ditahan selepas pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Owen Roberts menemui sejumlah kecil marijuana dalam bagasi model antarabangsa itu.

Rentetan itu, Gigi ditahan bersama rakannya dan dibawa ke pusat tahanan sebelum didakwa atas pemilikan dadah dua hari kemudian.

Mereka mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah dan dikenakan denda sebanyak AS$1,000 bersamaan RM4,500.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak model tersebut, dadah berkenaan dibeli secara sah di New York untuk tujuan perubatan.

“Gigi bercuti dengan membawa dadah jenis marijuana yang dibeli secara sah di New York bersama kelulusan atas lesen perubatan.

“Dadah itu juga atas tujuan perubatan sejak tahun 2017,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita kesal anak meninggal dunia selepas 21 kali cirit-birit hanya diberi 3 bungkus air garam
Gara-gara nak tuntut insuran, suami sanggup gadai nyawa isteri bersubahat dengan 3 penyamun
Hampir 20 tahun berniaga nasi ayam RM1.90, peniaga di Besut dikecam selepas naikkan harga nasi ayam RM3