Misteri kemunculan dron besar di ruang udara New Jersey cetus kebimbangan penduduk.
Misteri kemunculan dron di ruang udara New Jersey telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti di negeri timur laut Amerika Syarikat (AS).
Rangkaian media melaporkan bahawa insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Sejak beberapa minggu lalu, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) telah dikesan di seluruh negeri barat New York dan ‘fenomena objek terbang tidak dapat dikenalpasti (UFO)’ ini masih belum dapat dirungkai oleh penyiasat dan tentera setakat ini.
“Penampakan dron ini mengundang keresahan banyak pihak kerana tiada penjelasan mengenainya. Saya tidak mahu ‘diculik’ oleh objek itu,” seloroh Sam Lugo, seorang staf di gimnasium Club Studio di daerah Bergen, New Jersey.
Seorang pengguna di platform X, Gus Seretis, juga meluahkan kebimbangan yang sama.
“Saya melihatnya hampir setiap malam sejak sambutan Thanksgiving. Ia berlegar pada paras standard ketinggian pokok dan saiznya hampir sama seperti pesawat kecil serta bukan seperti dron biasa. Saya tidak teragak-agak untuk menembak objek itu jika ia terbang terlalu rendah,” ujarnya.
Sementara itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan mengenai penampakan dron tersebut di beberapa lokasi dan sedang bekerjasama dengan agensi lain untuk menangani isu berkenaan.
Pentagon dalam satu kenyataan juga menolak dakwaan bahawa ia mempunyai kaitan dengan Iran atau entiti asing, setelah UAV berkenaan dilaporkan menghampiri kemudahan sensitif dan infrastruktur kritikal, termasuk pangkalan tentera AS.
Source: Kprince
Location: 📍 Bedminster, New Jersey USA 🇺🇸
The best UFO UAP Drone footage we have just received…👀🛸
This is absolutely INSANE FOOTAGE🤯🤯
Confirmed this is definitely not a plane from this video it seems to be flying way too low to the ground and way too… pic.twitter.com/4MRdgSvbbB
— Just (@Kobe_for_3) December 9, 2024