Misteri kehilangan pelajar sejak sebulan terjawab, rangka manusia ditemui tepi tebing jalan Yong Peng

Photo of author

By Syima Iza

Misteri kehilangan seorang bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak sebulan lalu dijangka terjawab susulan penemuan rangka manusia di tepi tebing Jalan Yong Peng, berdekatan Kompleks Penghulu Linau, di sini, hari ini.

Rangka itu ditemui pada tengah hari tadi bersama-sama sebuah motosikal yang hampir sama digunakan Hafiz Fauzan Abd Halid, 17, berdasarkan nombor pendaftaran seperti yang dihebohkan oleh ahli keluarganya di media sosial selepas kehilangannya.

Motosikal tersebut ditemui tersangkut di celah batang pokok bersebelahan kebun durian. Selain itu, turut ditemui jaket dan juga topi keledar.

Misteri kehilangan pelajar sejak sebulan terjawab, rangka manusia ditemui tepi tebing jalan Yong Peng

Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan rangka tersebut.

Hafiz Fauzan, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR), dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada malam 25 Mei lalu untuk menonton bola sepak bersama rakannya di Parit Ju, Tongkang Pechah.

Bapanya, Abd Halid Sugiman, 44, berusaha mencarinya termasuk meninjau di beberapa jalan yang mungkin dilalui sepanjang Jalan Tongkang Pechah ke Parit Raja dan Jalan Sri Bengkal, namun tiada petunjuk diperoleh. Ini kerana, bapanya khuatir terdapat kemungkinan anak ketiga daripada tujuh beradik itu terjatuh dalam parit.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarga Hafiz Fauzan serta bantuan rakan kepada bapanya namun menemui jalan buntu.

Hafiz Fauzan dilaporkan meminta izin bapanya untuk menonton perlawanan akhir bola sepak dengan menunggang sebuah motosikal.

“Selepas menjemputnya, kami keluar makan bersama-sama di Yong Peng, jadi kami tiba di rumah sekitar jam 10 malam. Dia pun minta izin keluar nak tonton final bola sepak di rumah rakannya itu,” katanya.

Baca Juga:
‘Kembang tekak’ Mi sizzling datang bersama kepulan asap rupanya berlaukkan ayam berulat
EURO 2024: Budak lelaki ceroboh padang berswafoto dengan Ronaldo dikejar keliling padang
Tiba-tiba makan guna sudu garpu, tunang ‘kantoi’ curang dengan rakan sekerja