Misteri kehilangan ‘Influencer’ terjawab, mayat di kerat-kerat ditemui dalam beg

Photo of author

By Syima Iza

Misteri kehilangan ‘Influencer’ terjawab, mayat di kerat-kerat ditemui dalam beg.

Misteri kehilangan seorang influencer (pempengaruh) lelaki popular sejak 19 Julai lalu terjawab apabila beberapa bahagian tubuhnya ditemui dalam sebuah beg.

Influencer yang berasal dari Argentina dan dikenali sebagai Fernandez Perez Algaba, 41 tahun, terkenal dalam kalangan pengikutnya sebagai seorang ‘pemain kripto’ yang kerap mempamer kemewahan hidup.

Tubuhnya ditemui dalam dua beg berasingan.

Misteri kehilangan 'Influencer' terjawab, mayat di kerat-kerat ditemui dalam beg

Beg pertama ditemui sekumpulan kanak-kanak di sebuah padang berdekatan sungai di Ingeniero Budge, Buenos Aires.

Beg berwarna merah dikenal pasti mengandungi anggota tubuh Perez melalui tatunya, sementara sebahagian tubuh lain ditemui dalam beg kedua selepas siasatan dijalankan.

Punca kematian Perez bagaimanapun adalah kerana ditembak sebelum dikerat kepada beberapa bahagian.

Menurut laporan sama, Perez dipercayai dibunuh kerana terlilit hutang dalam jumlah yang cukup besar.

Dia dilaporkan hilang selepas gagal memulangkan kunci pangsapuri yang disewa.

Misteri kehilangan 'Influencer' terjawab, mayat di kerat-kerat ditemui dalam beg

Pendedahan itu dibuat oleh adiknya, Rodolfo Perez Algaba yang terbang ke Buenos Aires untuk mencari abangnya.

Dia mendakwa abangnya bukan penipu namun sedang berdepan masalah ekonomi teruk dan membuat beberapa pinjaman dalam jumlah yang besar termasuk daripada agensi di Argentina.

Seorang suspek telah ditangkap dengan pihak berkuasa mengatakan kes jenayah itu akan selesai dalam masa terdekat.

Baca Lagi:
Rafizi cabar Syahir pula berdebat hal ehwal ekonomi selepas Sanusi dan Azmin tolak
Selebriti terkenal bertudung manis didakwa amal sihir dan kerja khurafat, siap ada bilik khas di dalam rumah
Cinta rentas sempadan, gadis China kembara ke Pakistan ikut jalan darat kahwini kekasih, peluk Islam