Misteri kehilangan Farida terjawab selepas suami belah perut ular sawa

Misteri kehilangan Farida terjawab selepas suami belah perut ular sawa

Seorang pekebun terkorban selepas dibaham seekor ular sawa gergasi ketika mahu menjual hasil kebunnya, dalam kejadian pada Jumaat.

Mangsa, Farida, yang berusia 50 tahun itu dilaporkan hilang oleh suami apabila menyedari isterinya tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dijejaki sejak Khamis.

Menurut portal Wartabanjar, kejadian tragis itu berlaku di Dusun III Paraja, Desa Kalempang wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.

Misteri kehilangan Farida terjawab selepas suami belah perut ular sawa

Penghulu Desa Kalempang, Suardi Rosi memberitahu suami mangsa menemukan seekor ular gergasi berukuran tujuh meter dengan bonjolan pada perutnya.

Gara-gara curiga melihat perut ular sawa berkenaan, suaminya memanggil orang sekitar kampung untuk membunuh haiwan liar tersebut.

Kemudian, mereka membelah perut ular berkenaan dan menemukan mayat Farida di dalamnya.

@bewara.pangalengan Kejadian di Dusun Paraja Kalempang Sidrap Sulsel, seorang ibu rumah tangga penduduk kabupaten Sidrap, selama ini bersama suaminya berkebun di Dusun Paraja ditemukan meninggal dunia ditelan ular phyton. #ibu #ular #sidrap #sulawesiselatan #beritatiktok #beritaviral #viral #fyp #foryou #foryoupage #rifaldc #bewarapangalengan ♬ suara asli – Bewara Pangalengan

Baca Juga:
Puteri Sarah selar netizen pengecut selepas difitnah bermaksiat
Aksi ‘humble’ TMJ minum teh ais tepi bendang curi perhatian ramai
Pelanggan bangsa India tak puas hati terima ‘beef burger’ percuma dari restoran makanan segera
CATEGORIES