Misteri bau busuk dalam kereta terbongkar! Pekerja bengkel jumpa ada yang ‘terkorban’

Photo of author

By Syima Iza

Misteri bau busuk dalam kereta terbongkar! Pekerja bengkel jumpa ada yang ‘terkorban’.

Seorang wanita terpaksa menghabiskan RM300 untuk mencari punca bau busuk di dalam keretanya.

Menerusi perkongsian di TikTok, difahamkan kereta tersebut dibawa ke sebuah bengkel oleh pemiliknya untuk mengenal pasti punca bau busuk yang sangat kuat.

Misteri bau busuk dalam kereta terbongkar! Pekerja bengkel jumpa ada yang 'terkorban'

“Pelanggan hantar kereta, bukan untuk diperbaiki tetapi untuk cari punca kenapa kereta bau busuk. Sampai nak pitam pekerja sebab bau busuk,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Pencarian bau busuk itu difahamkan mengambil masa dua hari kerana pekerja bengkel perlu membuka setiap bahagian kereta untuk mencari sumber bau tersebut.

Akhirnya, pekerja bengkel berjaya menemui beberapa ekor anak tupai yang masih hidup, manakala ada juga yang sudah mati, yang menjadi punca kepada bau busuk yang sangat kuat.

Tinjauan di ruang komen mendapati ramai pengguna tertanya-tanya bagaimana tupai tersebut boleh bersembunyi di dalam kereta tersebut.

“Apa punca haiwan boleh menetap dekat situ? Kalau selalu servis, boleh tahu tak? Atau tetap takkan tahu sampai bau busuk baru sedar?” soal Noni.

“Macam mana boleh masuk ya? Tupai kan agak besar juga. Selalu dengar tikus je masuk dalam kereta,” kata Isz.

“Ayam saya suatu hari hilang, bang. Tahu-tahu dah mati dekat enjin. Bau dia berbulan-bulan nak hilang,” kongsi Farha.

@baihakiautomotive #pusatserviskeretapasirgudang #hyundai #carservice #baihakiautoservice #hyundaiservice #carcare ♬ original sound – baihakiautoservice – baihakiautomotive

Baca Lagi:
Wanita dedah banyak barang runcit berasal dari Malaysia di Chicago
Ibu tunggal 3 anak tak mahu kahwin lain, netizen pula cadang letak kasut lelaki dekat luar
Ini 4 sebab kenapa ‘steering’ kereta boleh jadi berat