‘Minta jauh jumpa pemandu Grab macam ni’

Photo of author

By Syima Iza

‘Minta jauh jumpa pemandu Grab macam ni’.

Pemandu Grab Tular Gara-Gara Caj Penghawa Dingin dan ‘Rezeki’ Dapat Calon Menantu

Menjadi pemandu e-Hailing seperti Grab kini menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk menambah pendapatan dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.

'Minta jauh jumpa pemandu Grab macam ni'

Namun, baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pemandu Grab yang mengenakan caj tambahan jika pelanggan ingin penghawa dingin dihidupkan.

Berdasarkan perkongsian Malaysia Viral, pelanggan perlu membayar RM20 untuk kelajuan penghawa dingin tahap satu, RM25 untuk tahap dua, dan RM30 untuk tahap tiga. Menariknya, penghawa dingin hanya dihidupkan untuk bahagian depan dan kegunaan pemandu sahaja.

Perkara ini mengejutkan ramai netizen yang menganggap caj tambahan itu tidak munasabah. Ada yang mencadangkan agar laporan dibuat kepada pihak Grab supaya tindakan tegas diambil terhadap pemandu tersebut.

Ini bukan kali pertama pemandu Grab menjadi tular di media sosial. Sebelum ini, satu maklum balas pelanggan di aplikasi Grab mencuri perhatian apabila seorang bapa meluahkan hasrat untuk menjodohkan pemandu Grab tersebut dengan anak perempuannya.

“Salam sejahtera anakku, ingat tak pak cik yang awak hantar ke Hospital IIUM pagi tadi? Pak cik ada seorang anak perempuan belum kahwin lagi, umur 28 tahun, dia jadi doktor kat Hospital IIUM ni. Anak jadi menantu pak cik nak tak?” tulis bapa tersebut dalam ruangan maklum balas aplikasi Grab.

Perkongsian ini, yang dimuat naik di platform Reddit, mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen. Ramai yang teruja dengan kejadian unik ini dan menganggapnya sebagai “rezeki terpijak.”

“Itu namanya rezeki. Berkenalan dulu. Tak salah pun,” komen seorang netizen.

“Pandai hang tawan hati ayahnya,” ujar yang lain.

“Ciri bagus yang boleh ditambah dari Grab,” seloroh seorang lagi netizen dengan nada bergurau.

Baca Juga:
Ronaldo dibayar RM14.5 juta untuk satu ‘sponsored post’ di Instagramnya
Ini sebab kenapa Tun Daim namakan ‘Menara Ilham’ yang ramai tak tahu
Kipas cepat berhabuk? Guna 3 bahan ini boleh melambatkan habuk melekat, 3 bulan tak cuci pun masih bersih lagi