Minah Salleh ini pernah puji rakyat Malaysia sebab selalu nampak gembira, lepas masuk Muzium Kesenian lain pula yang jadi

Photo of author

By Syima Iza

Minah Salleh ini pernah puji rakyat Malaysia sebab selalu nampak gembira, lepas masuk Muzium Kesenian lain pula yang jadi.

Seorang pelancong wanita yang pernah tular kerana kagum dengan masyarakat Malaysia yang dianggapnya “sentiasa gembira” kini kembali menarik perhatian, tetapi kali ini dengan rasa “kecewa” selepas mengunjungi Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur.

Sebagai pelajar dalam bidang seni, wanita tersebut meluahkan rasa rugi kerana tidak mengenali keindahan seni Islam lebih awal. Dalam perkongsiannya, dia memuji seni yang dipamerkan di muzium itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang sangat mempesonakan.

Minah Salleh ini pernah puji rakyat Malaysia sebab selalu nampak gembira, lepas masuk Muzium Kesenian lain pula yang jadi

Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti berasa bangga apabila pelancong luar menghargai warisan seni kita yang melambangkan sejarah dan budaya negara. Namun, pujian seperti ini juga mengingatkan kita bahawa masih banyak destinasi menarik di tanah air yang mungkin belum kita jelajahi sendiri.

Jelajah Lembah Klang dengan Pas MyTourist

Bagi mereka yang ingin meneroka kawasan sekitar Lembah Klang secara lebih menjimatkan, Pas MyTourist oleh Rapid KL adalah pilihan terbaik.

Apa itu Pas MyTourist?

Pas MyTourist ialah pas perjalanan tanpa had yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan rel dan bas kendalian Rapid KL, termasuk:

  • LRT, MRT, Monorel, BRT
  • Bas Rapid KL dan bas pengantara MRT

Dengan pas ini, pengguna boleh menjelajah lokasi pelancongan popular seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, dan banyak lagi tanpa had perjalanan.

Keistimewaan Pas MyTourist

Selain kemudahan perjalanan, pas ini menawarkan pelbagai manfaat menarik:

  • Diskaun tiket masuk ke tempat-tempat seperti Petrosains dan Wetland Studios Putrajaya.
  • Penjimatan di rangkaian makanan dan minuman (F&B) terpilih.

Manfaat ini sah selama tujuh (7) hari bermula dari hari pertama penggunaan pas. Untuk menikmati diskaun ini, pengguna hanya perlu menunjukkan Kad Kesahan (Validity Card) bersama resit pembelian Pas MyTourist di premis yang mengambil bahagian.

Nikmati Keindahan Malaysia

Dengan adanya kemudahan seperti Pas MyTourist, bukan sahaja pelancong luar, tetapi rakyat tempatan juga dapat meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia dengan lebih mudah dan menjimatkan. Jadi, apa tunggu lagi? Jom mula jalan-jalan dan nikmati keindahan seni, budaya, dan warisan tanah air kita!

Baca Juga:
Langgar lampu isyarat merah, pacuan empat roda dikejar sejauh 180km dari Muar sampai KL
Remaja ulang kaji sambil jaga ibu terlantar di hospital raih perhatian ramai
Anak halau keluar rumah, wanita berdiri tepi jalan bersama peti sejuk undang sebak