‘Minah Saleh’ maki hamun staf penerbangan didenda RM100, netizen kecam sikap biadap

‘Minah Saleh’ maki hamun staf penerbangan didenda RM100, netizen kecam sikap biadap

‘Minah Saleh’ maki hamun staf penerbangan didenda RM100, netizen kecam sikap biadap. VIDEO memaparkan seorang pelancong asing digelar ‘Karen KLIA’ bersikap biadab di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Menerusi klip video berdurasi 16 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok @missssssyl, wanita itu dilihat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang kakitangan darat sebuah syarikat penerbangan.

Difahamkan, wanita itu secara lisan ‘menyerang’ kakitangan darat selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Disember.

'Minah Saleh' maki hamun staf penerbangan didenda RM100, netizen kecam sikap biadap

“Apa yang akan dilakukan jika orang seperti ini menyerang anda tanpa sebab?” tulis individu itu menerusi kapsyen video TikTok.

Pengguna berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sambil menambah dia tidak berniat untuk menjadikan kejadian tersebut tular.

Menerusi video itu wanita warga asing berkenaan dilihat menampar meja kaunter selain mengeluarkan kata-kata lucah dan biadab.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar tindakan biadab itu dan meminta supaya dia dikenakan tindakan tegas.

@missssssylWhat would u do if people like this attack you for no reason?♬ original sound – missssssyl

“Tolong ambil tindakan dan beri pengajaran kepadanya.

“Sila panggil polis atau pengawal untuk usir dia keluar.

“Respek betul orang yang jaga kaunter ni. Kental.

“Mohon Azwan Ali jadi customer service dekat KLIA ni,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, wanita itu didakwa berkelakuan tidak senonoh dan telah didenda RM100, lapor The Star.

“Wanita itu masuk ke dalam pesawat dan kemudian mendakwa dia tertinggal beberapa barangnya dan meminta untuk keluar, tetapi dia tidak dibenarkan berbuat demikian, justeru dia membuat kecoh.

“Dia ditahan dan kami mendakwa dia berkelakuan tidak senonoh dan dia didenda RM100,” kata Imran ketika dihubungi.

Tahun lalu, insiden yang melibatkan seorang lagi “Karen” menjadi tular apabila seorang wanita kulit putih yang enggan memakai pelitup muka di butik Dior, Suria KLCC ketika pandemik Covid-19 turut mencetuskan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.

Baca Lagi:
Budak perempuan terkejut, loya tergigit cicak hidup dalam aiskrim
Isteri mengidam punya pasal, suami sampai melutut depan kedai
Kecoh di Sogo, pengunjung menjerit cemas ‘roller shutter’ tutup tiba-tiba
CATEGORIES