Minah Saleh dari Rusia ini kongsi 5 benda “Wajib” bawa pulang ke kampung halaman jika melancong ke Malaysia

Photo of author

By Syima Iza

Minah Saleh dari Rusia ini kongsi 5 benda “Wajib” bawa pulang ke kampung halaman jika melancong ke Malaysia.

Mengembara ke negara orang pastinya merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan dan sukar dilupakan, di mana kita dapat mengenal budaya dan adat masyarakat di sana.

Sudah tentu, banyak gambar diambil sebagai kenang-kenangan di lokasi-lokasi yang dikunjungi.

Minah Saleh dari Rusia ini kongsi 5 benda "Wajib" bawa pulang ke kampung halaman jika melancong ke Malaysia

Selain itu, cenderahati atau barangan dari tempat berkenaan merupakan antara benda yang wajib dibawa pulang seperti pakaian, makanan, permainan dan banyak lagi.

Begitu juga seorang wanita dari Rusia yang berkongsi perkara wajib yang dibawa pulang ke kampung halamannya setiap kali berkelana di Malaysia.

Lima benda wajib dibawa pulang ke Rusia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @gomalaysia, dia memberitahu bahawa terdapat lima perkara wajib dibawa pulang ke rumahnya setiap kali datang ke Malaysia.

Yang pertama adalah perencah nasi goreng ikan bilis, sambal belacan, kicap kipas udang, dodol, dan sejenis jajan dari Apollo.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon positif terhadap kandungan tersebut. Bahkan, segelintir warganet turut memberikan beberapa saranan mengenai makanan lain yang boleh dibawa pulang.

Berikut antara komen pengguna:

“Kalau datang Terengganu, try dodol daun palas,” komen seorang pengguna.

“Dodol kalau nak sedap, pergi Simpang Ampat Alor Gajah Melaka, dodol panas, dodol cair. Boleh bungkus lagi,” tulis seorang pengguna lagi.

“Hahah pandai pilih Kicap Kipas Udang! The best kicap!” komen seorang lagi.

“Dulu saya pergi Rusia bawa semua barang runcit yang biasa saya makan dekat Malaysia, satu kontena berhabis RM16k beli barang runcit, stok untuk 4 tahun,” kongsi seorang pengguna.

Sebelum ini, turut berkongsi kisah seorang pelancong dari United Kingdom, Greg Lacombe, yang berkongsi lima perkara positif tentang Malaysia yang sangat dia kagumi.

Tidak hairanlah mengapa Malaysia menjadi salah satu pilihan negara yang sentiasa dikunjungi orang luar, disebabkan kepelbagaian kaum dan budaya yang ditunjukkan oleh masyarakat majmuk di sini.

Lebih-lebih lagi, masyarakat berbilang bangsa ini dapat hidup dengan harmoni.

@gomalaysia I can’t live without those already..do you agree? 😄🇲🇾❣️ #dodol #sambalbelacan #makan #sedap #Malaysia #belibarang #balikkampung ♬ original sound – Go Malaysia!

Baca Lagi:
TMJ beri bayangan ‘sesuatu besar akan berlaku dalam JDT tidak lama lagi’
Hukum bergambar dengan pokok krismas dan Santa Claus, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Jika tinggal di Lembah Kelang, berbelanja RM22 sudah cukup untuk makan sehari