Mike Tyson enggan wariskan harta kepada anak selepas dapat RM89.3 juta

Photo of author

By Syima Iza

Mike Tyson enggan wariskan harta kepada anak selepas dapat RM89.3 juta.

Petinju terkenal dunia, Mike Tyson, menarik perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia tidak akan menyerahkan harta kekayaannya kepada anak-anaknya, lapor saluran berita VNExpress semalam.

Tyson, 58, dilaporkan memperoleh kira-kira AS$20 juta (RM89.3 juta) meskipun mengalami kekalahan dalam pertarungan melawan Jake Paul pada 15 November lalu.

Mike Tyson enggan wariskan harta kepada anak selepas dapat RM89.3 juta

Sebelum pertarungan yang berlangsung di Stadium AT&T itu, nilai kekayaan bersih Tyson dianggarkan mencecah AS$10 juta (RM44.6 juta).

Namun, Tyson menyatakan dia tidak bercadang untuk meninggalkan sebarang harta pusaka kepada anak-anaknya.

“Perbanyakkan berdoa dan bekerja lebih keras. Jadilah pekerja paling gigih dan percaya pada diri sendiri. Saya tidak dapat membantu anak-anak saya dengan memberikan mereka wang. Saya hanya akan menyakiti mereka jika berbuat demikian,” ujarnya.

Menurutnya lagi, anak-anaknya perlu belajar menghadapi kesusahan dalam hidup.

“Mereka perlu belajar berasa susah. Jika mereka tidak mempunyai aspirasi dan tidak mengharungi kesusahan, mereka akan cepat mengalah,” tambahnya.

Baca Juga:
Lelaki kongsi video kerja ‘tukang batu’ di UK dapat RM900 sehari, ramai netizen berminat mencuba
“Mata terbeliak tengok siling, sisi gelap ayah terbongkar selepas kena rasuk”
Saksi kemalangan dedah jenazah guru al-Quran bersih tanpa darah, seperti sedang tidur