‘Mike’ ditambat pada tiang suruh mengemis

‘Mike’ ditambat pada tiang suruh mengemis

Tular beberapa gambar di media sosial sejak semalam memaparkan seekor kucing digelar ‘Mike’ diikat pada tiang dipercayai di kawasan tumpuan pelancongan di Banda Hilir dekat sini bagi tujuan mengemis.

Kejadian tular itu turut dikongsikan oleh laman rasmi Facebook Dunia Kucing Malaysia dan menerima respons lebih 1,200 pengguna lain.

Seorang pengguna menjelaskan kucing tersebut merupakan haiwan peliharaan wanita yang merupakan pekerja pembersihan tandas awam di lokasi tersebut.

'Mike' ditambat pada tiang suruh mengemis

Katanya, kucing itu bagaimanapun telah diambil oleh individu lain ketika wanita berkenaan bercuti dan dijadikan alat untuk mengemis di kawasan kaki lima.

Kejadian yang menimpa Mike itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan pihak terlibat.
“Mohon jasa baik maklum kepada pemilik kucing agar tidak dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab atau minta pemilik carikan new adopter,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Tolonglah adik yang hantar gambar ni, buka ikatan kucing tu. Kesian dia,” kata Za Za.

Baca Juga:
“Abang aku rajin kemas rumah dan berkebun tapi hairan kenapa arwah mak selalu halau abang keluar rumah, rupanya…”
Lelaki terkaya Asia jamu makanan kepada 50,000 penduduk kampung
Masih ramai yang blur nak kenal mana satu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih, ini caranya
CATEGORIES