MH199 mendarat cemas di Hyderabad kerana masalah enjin

Photo of author

By Syima Iza

Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah.

Ia berkata, pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada jam 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.

“Penumpang yang terkandas akan dipindahkan ke penerbangan lain bagi meneruskan perjalanan mereka.

MH199 mendarat cemas di Hyderabad kerana masalah enjin

Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut,” kata MAB dalam satu kenyataan kepada media India dan menambah bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.

Terdahulu, media India melaporkan bahawa sebuah penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas enjin pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur.

Baca Juga:
Betul ke semut madu boleh makan?, ini fakta yang ramai tak tahu
‘Dalam lucu ada ilmu yang bermanfaat’ – Lawak ‘bilal kerdil’ video makmun tegur imam raih perhatian
Wanita dipaksa ‘resign’ dengan cara yang salah, menang saman hampir RM200k terhadap majikan