Meter minyak tak naik selepas isi penuh, rupanya ini sebabnya…

Photo of author

By Syima Iza

Meter minyak tak naik selepas isi penuh, rupanya ini sebabnya….

Anda perlu bertugas di luar kawasan, dan perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mengisi minyak kereta serta menambah nilai Touch ‘n Go dengan secukupnya agar perjalanan ke destinasi berjalan lancar.

Kereta dipandu masuk ke stesen minyak berdekatan. Selepas pembayaran dibuat, minyak mula diisi sehingga penuh. Anda masuk semula ke dalam kereta dan hidupkan enjin sambil memerhatikan takat meter tangki minyak yang naik sedikit demi sedikit. Dari takat ‘E’, meter tangki semakin naik dan berhenti di takat ‘F’.

Meter minyak tak naik selepas isi penuh, rupanya ini sebabnya...

Dengan hati yang lega melihat minyak kembali penuh, anda pun meneruskan perjalanan. Namun, tiba-tiba takat meter tangki minyak merudum jatuh, kembali separas huruf ‘E’ seolah-olah tak pernah naik.

Panik, pelik, dan bermacam persoalan timbul. Baru sahaja isi minyak tadi, kenapa dah habis? Adakah tangki minyak bocor? Apa yang sedang berlaku?

Bertenang. Sebenarnya minyak yang anda isi tadi masih ada dalam tangki minyak.

Sistem yang digunakan untuk membaca takat minyak dalam tangki kereta ini dipanggil tolok bahan api atau fuel gauge. Ia berfungsi dengan menggunakan kawalan magnetik atau termostatik, lalu maklumat disampaikan kepada pemandu menerusi takat di papan pemuka kenderaan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang apa yang berlaku, berikut SK kongsikan penerangan ringkas daripada salah seorang mekanik di Altimat Auto Garage.

Menurut mekanik di situ, keadaan ini berlaku apabila pelampung yang terdapat dalam fuel gauge tangki minyak rosak. Oleh itu, pelampung tersebut tidak dapat menghantar isyarat mengenai takat minyak yang sebenar ke meter di papan pemuka kereta.

“Jadi, kalau wiring atau sensor yang bermasalah, memang paras minyak yang dibaca itu tidak betul,” jelas mekanik tersebut.

Ini bermakna, minyak yang anda isi tadi memang ada di dalam tangki. Anda cuma perlu ke bengkel kereta untuk baiki fuel gauge yang telah rosak dan takat meter tangki minyak kereta anda akan kembali seperti biasa.

@altimatautogarage Siapa pernah kena?! Isi minyak penuh tapi meter minyak macam isi Rm10. #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelserviskereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Baca Lagi:
4 anggota Malbatt baru tiba di Lubnan cedera terkena serangan tentera Israel
Nenek 20 cucu tawan puncak bukit Maras hanya berselipar, kongsi rahsia badan ‘fit’
Pokok getah paling tua di Seremban bernilai RM750,000