“Meremang bulu roma”- Zara Zya buat podcast kongsi kisah seram tiba-tiba suara bertukar garau.
Pelakon Zara Zya mendedahkan dirinya telah diganggu oleh perkara mistik ketika sesi podcast Di Sebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun di platform YouTube.
Menurut Zara, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, suara yang keluar ketika dia menyebut perkataan “iblis” tidak disunting sama sekali, yang telah mengejutkan dan menakutkan ramai apabila mendengarnya.
“Demi Allah, ketika saya menyebut perkataan iblis, suara saya tidak diedit. Itu suara ‘dia’. Dia ada…” katanya.
Sebelum kejadian itu, pelakon berusia 39 tahun tersebut sedang menggambarkan sosok tubuh iblis, namun secara tiba-tiba suaranya berubah menjadi garau sewaktu sesi tersebut dirakam. Zara mengakui terkejut mendengar perubahan suaranya dan segera memegang bahagian lehernya.
“Sampai iblis itu saya pernah bercakap depan cermin, saya tanya. Kau ini siapa? Iblis! Kenapa suara aku macam itu?” katanya.
https://t.co/MFftBOupQX pic.twitter.com/DjTq7OfucM
— brgsjks (@brgsjks) September 30, 2024
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut setelah melihat potongan video terbabit yang dipercayai dimuat naik ketika lewat malam. Bagaimanapun, ada juga individu yang mendakwa video tersebut telah disunting dan menuduh Zara membuat miming suara menakutkan.
Terdahulu, Zara pernah berkongsi bahawa dia juga pernah diganggu perkara mistik sehingga berperwatakan seperti ular.