Mercedes Benz elektrik terbakar ketika dicas dekat ‘showroom’ Tampoi

Photo of author

By Syima Iza

Mercedes Benz elektrik terbakar ketika dicas dekat ‘showroom’ Tampoi.

Sebuah kereta jenis Mercedes Benz elektrik (EQB) terbakar ketika dicas di sebuah bangunan ‘showroom’ di Tampoi, dekat sini petang tadi.

Kebakaran menyebabkan 90 peratus kereta mewah itu hangus manakala lima peratus premis showroom jenis kekal berkeluasan 16×16 meter itu turut terbakar.

Mercedes Benz elektrik terbakar ketika dicas dekat 'showroom' Tampoi

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

Seramai 10 anggota bersama satu jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar bergegas ke lokasi.

Kebakaran berkenaan turut memusnahkan 20 peratus ‘Electric Vehicle Charging Bay’.
Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan menggunakan dua aliran salur bantu mula jentera, satu aliran salur bantu mula jentera (RIM) serta satu aliran salur bantu mula bangunan.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Baca Juga:
CEO AirAsia letak jawatan serta merta
‘Saya okay kalau kena botakkan kepala’- Elisya Sandha
McDonald’s Malaysia saman gerakan galak boikot produk kaitan Israel