Menteri Pendidikan laju buat kerja selepas tular pelajar cemerlang bawa guni isi barang ketika daftar Universiti

Photo of author

By Syima Iza

Menteri Pendidikan laju buat kerja selepas tular pelajar cemerlang bawa guni isi barang ketika daftar Universiti.

Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan guni untuk mengisi barangannya semasa mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini telah menarik perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini, Fadhlina memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi pelajar berkenaan, Rafida Zaiddin, dan segera menguruskan semua keperluan kewangan serta kelengkapan yang diperlukan bagi membolehkan pelajar itu meneruskan pengajiannya.

Menteri Pendidikan laju buat kerja selepas tular pelajar cemerlang bawa guni isi barang ketika daftar Universiti

“Rafida, seorang anak yang cerdik, berasal dari Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Kini sedang mengikuti pengajian dalam bidang perakaunan di UMS. Mengapa kisah Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman, dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS, yang telah melaporkan keadaan Rafida Zaiddin,” kata Fadhlina.

Dalam hantaran yang sama, Fadhlina juga menzahirkan rasa terima kasih kepada Rafida kerana telah menyedarkan semua pihak bahawa perjuangan pendidikan yang bersifat manusiawi merupakan kekuatan Malaysia.

“Terbang tinggi, berdiri teguh Rafida. Insya-Allah, Rafida tidak perlu risau mengenai pengajiannya. Segala urusan telah diaturkan sehingga tamat pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!” katanya.

Baca Juga:
Badan dipotong 10 bahagian, ini kisah 2 pemuda tidak siuman berakhir dengan tragis
Selepas 3,500 tahun, saintis dan pakar grafik dedah wajah sebenar Firaun
Perlu ke tutup cermin dengan kain ketika ada orang meninggal dunia?, Ini penjelasan ustaz