Menteri Kesihatan buat spot check! menyamar sebagai pesakit

Menteri Kesihatan buat spot check! menyamar sebagai pesakit

Menteri Kesihatan buat spot check! menyamar sebagai pesakit. Sekeping gambar tular dalam media sosial dipercayai Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dikatakan membuat lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam tadi.

Gambar tersebut dibuat naik oleh seorang pengguna yang berada di hospital tersebut memerhatikan sosok wanita itu sedang berbual dengan pengunjung di sana, namun tidak dapat dipastikan perbualan berkenaan.

 

“Memang pasti malam tadi memang Menteri Kesihatan. Siapa sahaja yang perasan kalau datang mengejut macam pesakit juga kan?
“Patutlah dia ada tanya beberapa orang di HTAR. Macam tiada siapa pun yang sedar itu Menteri Kesihatan,” ciap pengguna media sosial itu.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melakukan hal yang sama membuat lawatan mengejut di beberapa buah pusat pengangkutan awam dan darat sejak mengangkat sumpah memegang kementerian tersebut, bulan lalu.

 

Yang terbaru, Anthony Loke dilihat meninjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, pada kelmarin bagi melihat ruangan menunggu teksi bagi penumpang lapangan itu.

Baca Lagi:
Wow! Siti Nurhaliza beli kondominium mewah di Dubai
Rumah teres simpan 320kg syabu bernilai RM11.5 juta diserbu polis
Tip beli tayar kereta agar tidak tertipu dengan pemilik kedai tayar
CATEGORIES