Menteri bonceng motosikal polis hadir mesyuarat rasmi

Photo of author

By Syima Iza

Menteri bonceng motosikal polis hadir mesyuarat rasmi.

Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman mengundang perhatian pengguna media sosial selepas dirakam membonceng motosikal untuk pergi ke sebuah mesyuarat rasmi, lapor program berita Liputan6 semalam.

Menurut laporan, Andi bertindak demikian selepas beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk ketika dalam perjalanan ke Istana Presiden di Jakarta semalam.

Menteri bonceng motosikal polis hadir mesyuarat rasmi

Beliau pada awalnya dikatakan menaiki kenderaan rasmi yang turut diiringi oleh pasukan polis pengawal.

Namun, kesesakan jalan raya amat teruk sehinggakan kenderaan langsung tidak dapat bergerak di kedua-dua arah.

Disebabkan mahu menepati waktu, menteri itu memilih untuk menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang anggota polis.

Menurut laporan, ia bukan pertama kali Andi membonceng motosikal ketika bertugas, malah beliau pernah berjalan kaki semasa menghadiri urusan rasmi.

Andi dikenali sebagai seorang pemimpin yang sentiasa memberi contoh baik kepada pegawai-pegawai bawahannya terutamanya melibatkan disiplin waktu.
Baca Juga:
Ramai masih tak tahu tekan ‘butang’ ini boleh sejukkan kereta waktu tengah panas dengan cepat
Baru berusia 24 tahun, pemuda ini sudah digelar ‘pakcik’
Lelaki tak jadi kahwin selepas tunang ‘kantoi’ berkhalwat dengan 6 lelaki dalam ‘parti bujang’