Menjijikkan! Tikus jilat ayam goreng depan mata pelanggan

Menjijikkan! Tikus jilat ayam goreng depan mata pelanggan

Menjijikkan! Tikus jilat ayam goreng depan mata pelanggan. Kementerian Kesihatan (KKM) meminta bantuan orang ramai menyalurkan maklumat berkenaan video menjijikkan menunjukkan seekor tikus yang sedang enak menikmati ayam goreng di dalam pemanas makanan di sebuah restoran.

Video yang diulang ciap oleh KKM itu menunjukkan perkongsian oleh @zoeyhanafiah, memaparkan kejadian menjijikkan tersebut berlaku tepat di hadapannya ketika sedang menikmati makanan di restoran yang tidak dapat dipastikan lokasinya itu.

“Mohon bantu kami berikan maklumat. Kami akan ambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera,” ciap KKM.

Menjijikkan! Tikus jilat ayam goreng depan mata pelanggan

Ciapan tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang berpendapat ada restoran yang tidak menitikberatkan isu kebersihan sekali gus menyokong tindakan KKM untuk bertindak segera.

“Bab kebersihan memang ‘out’ tapi bukan semua, ada yang okay, ” komen Norsafeni.
“Buka 24 jam, 365 hari tanpa masa cuci dan pembersihan. Patut kena bersihkan setiap hari,” ujar Mic Zhu pula.
“Dengan kadar segera, seperti kebanyakan setiap restoran yang beroperasi tetapi kebanyakannya mendapat A bagi tahap kebersihan. Rasuah setiap peringkat,” kata seorang lagi netizen.

Sehingga pukul 12.15 tengah hari ini, ciapan KKM itu telah diulang ciap sebanyak 1,121 kali.

Baca Lagi:
“Ada yang panggil saya pelac*r” – Kerana teruk dikecam peserta ATNM 2 buat laporan polis
Syamsul Yusof nak saman Jawi RM10 juta, Puteri Sarah desak dedahkan cerita sebenar
Wanita berjubah acu pisau cuba rompak kedai emas di Ayer Keroh
CATEGORIES