Mengundang padah, pemandu bas dirakam leka ‘main’ telefon semasa memandu diminta serah diri

Mengundang padah, pemandu bas dirakam leka ‘main’ telefon semasa memandu diminta serah diri

Mengundang padah, pemandu bas dirakam leka ‘main’ telefon semasa memandu diminta serah diri. Polis meminta seorang pemandu bas yang dikesan menggunakan telefon semasa memandu untuk tampil menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tindakan pemandu itu tular di media sosial TikTok menerusi satu rakaman video berdurasi 21 saat.

“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya lain.

Mengundang padah, pemandu bas dirakam leka 'main' telefon semasa memandu diminta serah diri

“Kejadian itu dipercayai dirakam oleh salah seorang penumpang bas terbabit,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mat Kasim berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran bas tersebut adalah ALM 9815 dan ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

Ujarnya, JSPT menggesa pemandu bas terbabit segera menyerah diri ke balai trafik daerah berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau emel terus ke protrafik_ba@rmp.gov.my,” tambah beliau.

Baca Lagi:

Tabur paku atas jalan raya, pemandu Nissan Almera diburu polis

2 lelaki cedera parah ditetak dengan parang kerana ganggu isteri orang

Penduduk gempar ular sawa gergasi ditemui dalam sawah padi

CATEGORIES