Mengigau luah cinta kepada wanita lain, isteri simbah air panas dekat kemaluan suami

Mengigau luah cinta kepada wanita lain, isteri simbah air panas dekat kemaluan suami

Mengigau luah cinta kepada wanita lain, isteri simbah air panas dekat kemaluan suami. Seorang wanita di La Paz, Bolivia ditahan polis gara-gara menyimbah air panas pada alat sulit suaminya hanya kerana lelaki tersebut bermimpi wanita lain ketika sedang tidur.

Simbah air panas sebab suami mimpi wanita lain

Difahamkan, mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang tidur, namun secara tiba-tiba dia menyatakan rasa cinta terhadap wanita lain dalam keadaan mengigau.

Mengigau luah cinta kepada wanita lain, isteri simbah air panas dekat kemaluan suami

Bengang suami tersayang menyebut nama perempuan lain, si isteri bergegas ke dapur dan mengambil air panas lalu menyimbah pada alat sulit lelaki terbabit.

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan bahawa mangsa dimasukkan ke hospital kerana melecur tahap dua pada alat sulit, bahagian belakang badan serta lengannya.

Pihak berkuasa mulakan siasatan

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada lelaki tersebut yang melaporkan insiden berkenaan kepada pihak polis atau jeritannya itu didengari oleh jiran-jirannya.

Susulan daripada kejadian itu, pihak berkuasa tempatan telah memulakan siasatan bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.

Baca Lagi:
Isteri kerat kemaluan suami ketika tidur dalam bilik hotel
Terserempak suami dengan perempuan lain, Isteri simbah tomyam panas atas muka kekasih suami, sekali ini yang jadi..
Kisah keluarga tiri Najib yang ramai tak tahu, rupanya ada 5 perkara misteri yang berlaku
CATEGORIES