Menantu ‘perli’ mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai

Menantu ‘perli’ mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai

Menantu ‘perli’ mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai. Hanya kerana ibu mentua meminta sedikit wang sebagai upah untuk menjaga cucu ketika dia bekerja, seorang lelaki bertindak ‘memerli’ ibu mentuanya itu dengan menyifatkannya seorang yang berkira.

Tindakan lelaki ini yang berkongsikan ‘perbualannya’ dengan ibu mentua berkenaan hal berkenaan bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Dalam hantaran yang dikongsikan itu, si ibu mentua kepada lelaki itu telah meminta upah menjaga anaknya sebanyak RM100 setiap bulan untuk digunakan sebagai wang saku.

Menantu 'perli' mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai

Gambar hiasan

Salam Munir, mak nak tanya segan. Mak jaga Hafis ni, mak ingat nak duit belanja mak kira macam upah mak boleh? Munir bagi RM100 je tak apa kalau tak ada duit.

Menantu lelaki itu kemudiannya membalas dengan nada sinis pula.

Lelaki itu kemudian membalas dengan nada sinis sebelum berjanji untuk memberi wang yang diminta apabila dapat gaji kelak.

Tak cukup dengan itu, lelaki itu juga turut menyifatkan ibu mentuanya sebagai seorang yang berkira kerana meminta upah untuk menjaga cucunya sendiri.

Menantu 'perli' mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai

Tindakan lelaki ini yang berkongsikan ‘perbualannya’ dengan ibu mentua berkenaan hal berkenaan bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Tak malu ke? Sepatutnya bro yang awal-awal hulur dulu duit dekat mak mertua
Mak mentua minta RM100 je. RM100 apa lah sangat dibandingkan dengan tenaga mak tu nak jaga anak kamu. Lagi-lagi kalau mak tu dah berumur. Ingat tak letih ke jaga budak-budak?

Lagi komen-komen netizen:

Menantu 'perli' mak mertua minta upah jaga cucu RM100 dapat kecaman orang ramai

Rata-rata netizen tampil menasihatkan lelaki tersebut yang menurut mereka sepatutnya malu kerana mengambil kesempatan atas kebaikan ibu mentuanya, lebih-lebih lagi tugas menjaga budak-budak sememangnya bukan sesuatu yang mudah.

Baca Lagi:
Saya curang? Kebenaran akan terbongkar, tunggu dan lihat – Puteri Sarah
Ketua trafik hanya berseluar dalam mati ditembak ketika berasmara dalam kereta
‘Saya nak lawat kubur bini saya’ – Anggota polis tembak isteri rayu nak lawat kubur arwah
CATEGORIES