Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tidak bersalah – PM Anwar

Photo of author

By Syima Iza

Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tidak bersalah – PM Anwar.

Tiada sebab untuk seseorang melarikan diri dari siasatan, jika individu itu yakin dia tidak bersalah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Merujuk kepada kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang mengesan dua individu, termasuk menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, Anwar berkata, tindakan melarikan diri akan melahirkan persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Tegas Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, ekoran terlampau banyak kes rasuah yang terpalit dengan Perikatan Nasional, maka Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak seharusnya menggunakan slogan ‘pentadbiran bersih’ lagi.

Menantu Muhyiddin tak perlu lari jika tidak bersalah - PM Anwar

“(Slogan) bersih itu dah tak ada, sebab hari ni kenyataan SPRM bahawa menantu calon PM (Muhyiddin) dah lari… mana boleh.

Kalau ada bukti, siasat, dia (SPRM) dakwa, kalau rasa tak salah pertahanlah (diri).

Lari bukan contoh yang baik.

“Jadi kamu (PN) kena jaga hal ini.

Kerana jumlah (wang) yang dikaitkan dengan rasuah itu banyak.

Jadi soal bersih itu, Pas, Bersatu dan PN tak boleh guna kerana terlalu terpalit dengan rasuah,” katanya kepada pemberita sewaktu ditemui selepas bertemu penduduk di Perda, Nibong Tebal, hari ini.

Pada Isnin, SPRM mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, dua individu yang dikesan itu ialah Datuk Muhammad Adlan Berhan, 48, manakala individu kedua, Mansoor Saat, 69.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Adlan merupakan menantu kepada Muhyiddin.

Kenyataan itu menyebut, hasil semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia mendapati kedua-dua penama berkenaan masing-masing telah meninggalkan Malaysia pada 17 dan 21 Mei lalu.

Baca Lagi:
Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah
Sultan Brunei terima hadiah ‘stereng F1’ dari PM Anwar, netizen pula terkejut..
Hanya berbaki lagi 4 bulan nak bebas, banduan larikan diri ditangkap dan dijel 40 tahun lagi