Menangis abang dengar suara ko dek..mantap! Budak lelaki tapau lagu Iklim di majlis kahwin buat tetamu terpukau

Photo of author

By Syima Iza

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Akhil Al Mikail itu sememangnya aktif dalam bidang nyanyian dan sering memuat naik video ke akaun TikTok miliknya.

Seakan sudah menjadi suatu tradisi atau adat untuk majlis-majlis perkahwinan di Malaysia mengadakan sesi karaoke yang dinyanyikan oleh tetamu atau pihak keluarga pengantin.

Kebanyakan sesi karaoke yang diadakan ini hanyalah untuk menghiburkan tetamu sahaja tanpa mengambil kira sama ada yang menyanyikan itu memiliki suara sedap atau tidak.

Menangis abang dengar suara ko dek..mantap! Budak lelaki tapau lagu Iklim di majlis kahwin buat tetamu terpukau

Tular video tetamu terpukau dengan suara kanak-kanak lelaki

Namun lain pula dengan kisah di sebuah majlis kahwin ini apabila rata-rata tetamu yang hadir seakan terpukau selepas mendengar suara seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berkaraoke.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @solidurespect, kelihatan kanak-kanak lelaki itu mendendangkan lagu berjudul ‘Bukan Niatku’ daripada kumpulan Iklim.

Semasa kanak-kanak itu melantunkan suaranya, kelihatan para tetamu yang ada berdekatan dengan terus tergamam dan seakan tidak mempercayainya.

Tetamu terus keluarkan telefon dan rakam

@solidusrespect #fyp #fypmalaysia #contentcreator #fypシ゚viral #KakiGaming ♬ original sound – SolidusRespect

Malah mereka dengan segera mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam nyanyian kanak-kanak itu.

Tumpuan yang pada mulanya diberikan sepenuhnya kepada pasangan raja sehari di majlis tersebut dengan sekelip mata berubah kepada kanak-kanak itu.

“Menangis abang dengar suara kau dik, mantap. Pakai earphone untuk dengar bunyi yang (lebih) baik,” tulis pemilik akaun di dalam video.

Adik Akhil memang aktif bernyanyi dan miliki jumlah pengikut yang banyak

Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Akhil Al Mikail itu sememangnya aktif dalam bidang nyanyian dan sering memuat naik video ke akaun TikTok miliknya.

Adik Akhil yang kini berusia 11 tahun itu dilihat sering menyertai busking dan pertandingan nyanyian. Dia memiliki suara serak basah yang sesuai untuk mendendangkan lagu-lagu rock 90-an dan 80-an.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah pengikutnya di TikTok @akhil_almikhail sudah hampir mencecah 200,000.

Netizen puji siap nak jemput ke majlis kahwin nanti

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga turut memuji kehebatan suara adik Akhil yang dianggap sebagai serak basah atau husky.

Malah ada juga netizen yang kagum dengan kesedapan suara kanak-kanak itu sehingga ingin menjemput ke majlis perkahwinan mereka pula kelak.

Menangis abang dengar suara ko dek..mantap! Budak lelaki tapau lagu Iklim di majlis kahwin buat tetamu terpukau

Menangis abang dengar suara ko dek..mantap! Budak lelaki tapau lagu Iklim di majlis kahwin buat tetamu terpukau

Baca Juga:
Betul-betul depan pentas pelamin, majlis kahwin di tengah kawasan perkuburan jadi tanda tanya
Jongkong emas, wang tunai milik usahawan wanita terkenal lesap, kerugian lebih RM3.5 juta
Pilot India peluk Islam selepas bawa jenazah Ulama terkenal di Malaysia