“Member tinggal sebab awek”- Pemuda ini tebalkan muka tahan kereta orang nak tumpang balik buat ramai sebak

Photo of author

By Syima Iza

“Member tinggal sebab awek”- Pemuda ini tebalkan muka tahan kereta orang nak tumpang balik buat ramai sebak.

Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki ditinggalkan oleh rakannya di sebuah stesen minyak kerana lebih mengutamakan panggilan telefon daripada teman wanitanya.

Menerusi satu hantaran di TikTok oleh pengguna bobcola_, video tersebut menunjukkan seorang lelaki basah kuyup berdiri di tepi jalan dan meminta kebenaran untuk menumpang kenderaan pulang ke rumahnya.

Ditinggalkan Rakan Kerana Awek

"Member tinggal sebab awek"- Pemuda ini tebalkan muka tahan kereta orang nak tumpang balik buat ramai sebak

Menurut lelaki tersebut, dia dan rakannya sedang dalam perjalanan untuk bermain snuker bersama rakan lain sebelum berhenti untuk mengisi minyak motosikal.

Namun, selepas menerima panggilan telefon daripada teman wanitanya, rakannya itu memberikan alasan ada urusan penting dan meminta lelaki tersebut menunggu sebentar di stesen minyak.

Setelah menunggu hampir empat jam tanpa khabar, lelaki itu akhirnya berputus asa dan mula menahan kenderaan yang melalui kawasan tersebut dengan harapan dapat pulang ke rumahnya.

@bobcola_ “Kalau tak boleh menjadi padi , maka janganlah menjadi lalang” bila kita merasa tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain maka cukup bagi kita untuk tidak merugikannya. #fypシ ♬ original sound – bobcola

Nasibnya baik apabila dia bertemu dengan bobcola_, yang kemudiannya memuat naik video berkenaan di media sosial untuk berkongsi kisah sedih lelaki itu.

“Tadi naik dengan kawan. Kawan isi minyak, lepas itu awek dia telefon. Lepas tu dia kata ada hal, suruh saya tunggu sini jap. Dari pukul 2 tadi bang, saya tunggu. Saya telefon dia pun tak angkat.

“Saya tunggu je la, mana tahu ada orang lalu lalang yang tinggal di flat saya, tapi tak jumpa. Mungkin Allah temukan saya dengan abang, bolehlah saya tumpang abang,” luah lelaki itu dengan nada sayu.**

Selepas mendengar kisah lelaki itu, bobcola_ mengajaknya masuk ke dalam kereta sambil menyambung perbualan sepanjang perjalanan pulang.

“Saya dah cuba telefon dia tadi, tapi tak angkat. Telefon kawan lain, semua sibuk kerja. Tak nak menyusahkan mereka. Kalau dia datang pun, tak apalah bang. Saya tunggu dia dari pukul 2 sampai pukul 6,” jelasnya lagi.

Lelaki itu turut memberitahu bahawa dia baru mengenali rakannya itu selama beberapa bulan dan mereka tidak tinggal di kawasan yang sama.

“Saya kenal dia sebulan dua je. Dia tinggal Shah Alam, datang ambil saya sebab nak pergi main snuker. Tak sangka jadi macam ni. Telefon pun hampir habis bateri tadi, dia pula tak angkat. Saya pun tak tahulah bang,” katanya.

Setibanya di kawasan perumahannya, lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada bobcola_ kerana sudi menumpangkannya. Dia sempat bertanya sama ada perlu membayar sebagai balasan, namun bobcola_ menolak dengan baik. Mereka kemudian bersalaman sebelum berpisah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut kerana terpaksa menunggu dalam hujan begitu lama.

"Member tinggal sebab awek"- Pemuda ini tebalkan muka tahan kereta orang nak tumpang balik buat ramai sebak

"Member tinggal sebab awek"- Pemuda ini tebalkan muka tahan kereta orang nak tumpang balik buat ramai sebak

Baca Juga:
Sepasang suami isteri terkejut ambil mangkuk mi kosong pun kena caj RM0.66
5 senarai negara paling ramai rakyat murung & sakit mental
Boleh jana pendapatan lebih, ini rahsia belakang resit ATM yang ramai orang tak tahu