Memang padu! Pemuda dari Kedah pecah rekod makan nasi kandar RM372

Photo of author

By Syima Iza

Memang padu! Pemuda dari Kedah pecah rekod makan nasi kandar RM372.

Seorang pemuda dari Kedah berjaya memecahkan rekod baharu sebagai pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Jalan Dato Keramat di sini apabila menikmati hidangan popular Pulau Mutiara itu dengan harga RM372 semalam.

Menerusi Facebook restoran tersebut, lelaki berkenaan menikmati hidangan lauk untuk lima orang yang dihidangkan dalam satu talam dalam tempoh sejam 15 minit.

Memang padu! Pemuda dari Kedah pecah rekod makan nasi kandar RM372

Lauk yang dipilihnya termasuk 25 ekor sotong berharga RM212.50, 10 ekor udang (RM85), kepala ikan (RM35 seketul), telur sotong untuk dua orang (RM16), telur ikan untuk dua orang (RM16), dan lima cawan nasi (RM7.50).

“Pecah rekod RM372. Fuh, seorang makan. Orang Kedah, beliau tiba-tiba ja mai kata nak pecah rekod.

“Mungkin sempena Merdeka. Beliau kata ada pengalaman makan banyak dalam talam. Tak sangka akan ada orang lain mai buat rekod. Apa-apa pun memang padu.

@nasikandarsulaiman RM372, pecah rekod. Berat juga nak angkat talam ini #malaysia #merdeka #pulaupinang #tiktok #viral #trending #nasikandarmalaysia #makananviral #nasikandar #weekend #penangfoodie #malaysian #nasi #nasi #penangfoodie @TokWanComelKan ♬ original sound – NASI KANDAR SULAIMAN

“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai (datang) makan,” tulis pihak restoran.

Sebelum ini, seorang lelaki dari Bayan Lepas mencatatkan rekod tertinggi apabila menikmati hidangan set talam nasi kandar di restoran sama pada harga RM350 seorang dalam masa sejam pada 19 Ogos lalu, menandingi rekod pempengaruh dari Singapura yang mencatatkan RM300 dalam tempoh dua jam.
Baca Juga:
“Sebagai pengajaran saya kongsi muka dia” – Baby Shima terkejut terima mesej lucah dari remaja bawah umur
Kisah disebalik persahabatan Datuk Yusof Haslam dan A. Galak yang orang tak tahu
Senarai 55 nama sekolah paling pelik dalam Malaysia, no.35 paling seram