‘Melihat pun dah sakit, inikan pula tulis nama anaknya di kubur’

Photo of author

By Syima Iza

Melihat pun sudah sakit, apatah lagi menulis nama anak sendiri di kubur.

Itulah perasaan yang dilalui seorang lelaki yang tular di media sosial selepas terpaksa merelakan pemergian anak lelakinya menghadap Ilahi.

Menerusi perkongsian video berdurasi 17 saat di TikTok milik @nealea95, lelaki bergelar bapa itu dilihat menulis nama anak lelakinya pada papan tanda kubur sambil menahan sebak.

'Melihat pun dah sakit, inikan pula tulis nama anaknya di kubur'

“Air mata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya,” demikian kapsyen yang ditulis pada video tersebut.

Tinjauan di ruangan komen mendapati orang ramai melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah atas pemergian anak lelakinya itu.

“Lahir dia sambut, pergi dia hantar,” kata Nazirul Ismail.

“Dulu dia (ayah) menulis nama di surat beranak selepas melahirkan. Sekarang ayah menulis nama di papan tanda kubur,” kata Alins.

@nealea95 Airmata seorang ayah yang kehilangan anak lelakinya.. hancurr #fyp ♬ suara asli – sherlya.a🧚‍♀️

“Macam arwah abah saya ketika saya di tingkatan satu, abang nombor dua saya meninggal dunia, arwah abah nangis sampai nak rebah.

“Betapa sakitnya seorang bapa kehilangan anaknya menangis macam budak, mak saya gila tiga bulan,” kata Steja.

Perkongsian video tersebut berjaya meraih sebanyak 329,100 jumlah tontonan dan 39,100 tanda suka.

Baca Juga:
Wanita terjah suami berduaan dalam kereta dengan wanita Indon, terkedu dengar suami cakap “dah la, aku tak nak kau dah”
Aksi lelaki ini kunyah kulit durian siap cicah sambal belacan buat netizen rasa ngilu
Penyamun rumah pemain bola Selangor FC ditangkap di Marang