Meletop!! Aina Abdul naik lori lutsinar ke ABPBH35, pakai baju merah saiz gergasi, sampai 10 orang terpaksa tolong angkat baju!
Menggayakan baju bersaiz besar menuntut penyanyi, Aina Abdul menaiki lori bagi menghadiri Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) yang berlangsung di Istana Budaya hari ini.
Perkara tersebut dipertontonkan Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menerusi siaran langsung dalam Instagramnya hari ini.
Dia turut mencuri perhatian ramai ketika tiba di karpet merah dengan menggayakan busana berwarna merah yang diinspirasikan daripada sehelai blazer gergasi.
Fesyen pelik tersebut menuai pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji keberanian pelantun lagu Sumpah itu menggayakan busana tersebut.
Aina Abdul terpaksa naik lori semata mata nak ke #ABPBH35 🤣 Sampai 10 orang terpaksa tolong angkat baju dia wehhhh pic.twitter.com/vMdjh62ZiD
— beautifulnara (@beautifulnara) July 21, 2023
“Lain macam fesyen dia malam ini, sampai kena naik lori!
“Akhirnya terjawab persoalan mengenai baju yang bakal dipakai Aina malam ini,” kata segelintir netizen.
Sebelum ini, Aina pernah dikritik kerana kerap tampil dengan fesyen pelik antaranya persis plastik sampah, pasu bunga dan tilam.
Aina Abdul in the house!!! Dia memang steal the show in the red carpet #abpbh35 pic.twitter.com/IgEqSyG9tj
— OHBULAN! (@ohbulancom) July 21, 2023