Mee bandung ‘sold out’ gara-gara penangan Khairul Aming

Photo of author

By Syima Iza

Mee bandung ‘sold out’ gara-gara penangan Khairul Aming.

Figura bernama Khairul Aming (KA) cukup dikenali oleh ramai pengguna media sosial di Malaysia.

Beliau yang cukup dikenali dengan sifat yang peramah dan murah dengan senyuman ini sering menjadi tumpuan para pengikutnya.

Apa sahaja ulasan yang dibuat KA terhadap sesuatu produk pasti akan menjadi viral sekelip mata.

Mee bandung 'sold out' gara-gara penangan Khairul Aming

Situasi yang sama berlaku kepada sebuah kedai makan, Nizam Cendol Goncang yang berada di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Orang ramai dikatakan menyerbu kedai makan tersebut hari ini, kurang 24 jam selepas KA membuat ulasan atau ‘review’ kedai tersebut.

Difahamkan, orang ramai sudah mula beratur untuk merasai sendiri menu yang ‘direview’ oleh KA sejak awal pagi

Menurut KA, menu mi bandung yang dijual di kedai abang Nizam habis terjual sebelum pukul 2 petang tadi lagi.

“Mee bandung dan habis terjual. Orang beratur tak henti-henti dari pagi. Terima kasih semua yang sokong kedai abang Nizam,” tulis KA dalam ciapan terbarunya di laman X.

@orked.143 ingat kan hari ni x ramai lagi org… hambekkk kau… 1 jam baru dpt makanan. but it’s ok. we enjoy the foods. #khairulaming #cendolrm1 #nizamcendolgoncang #kuasaviral #fypシ #viral @khairulaming ♬ gama1 cinta pertama – Inisial R

Menerusi perkongsian tersebut, KA turut memuat naik video dan gambar keadaan semasa di hadapan kedai tersebut.

Keadaan di depan kedai abang Nizam kelihatan sesak dengan barisan panjang para pelanggan.

Semalam, KA telah berkunjung ke kedai tersebut dan memberikan ulasannya berkenaan menu yang dijual di kedai tersebut.

Antara menu yang dijual adalah Mi Bandung, Bihun Sup, Cendol RM1 dan lain-lain lagi.

“Selalu lepak makan sini dan memang layak untuk dipromosi. Korang kena cuba mee bandung dan bihun sup dia.

“Memang sedap. Cendol dia pun RM1 semangkuk,” kata KA dalam ulasannya.

Baca lagi:
Isteri ketawa mengilai terima hadiah nasi lauk daun betik sempena hari lahir dari suami
“Baru sahaja hendak tinjau ‘port’ untuk letakkan joran” – Pekerja kilang disapa Pak Belang lari tak cukup tanah
Cincin berlian bernilai RM3.73 juta milik ahli perniagaan Malaysia hilang di Paris sudah ditemui