MB Perlis ‘sempoi’ tunggang RXZ bersama isteri ke PAT 2023 curi tumpuan

MB Perlis ‘sempoi’ tunggang RXZ bersama isteri ke PAT 2023 curi tumpuan

MB Perlis ‘sempoi’ tunggang RXZ bersama isteri ke PAT 2023 curi tumpuan. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sememangnya dikenali sebagai seorang yang merendah diri, ‘sempoi’ dan mudah didekati semua orang.

Hari ini beliau mencuri tumpuan apabila menunggang motosikal RXZ bersama isterinya, Najwa Othman ke Pesta Angin Timur (PAT) 2023 yang diadakan di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, disini.

Dalam satu hantaran Facebook di akaun rasminya, Mohd Shukri dilihat menunggang RXZ hitam sambil melemparkan senyuman ke arah kamera.

MB Perlis 'sempoi' tunggang RXZ bersama isteri ke PAT 2023 curi tumpuan

“Jom pi Pesta Angin Timur. Ride dengan Cik Puan hari ini,” tulisnya pada kapsyen gambar berkenaan.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi reaksi pengguna media sosial dengan lebih 2, 000 tanda suka.

Menerusi perkongsian gambar, Mohd Shukri turut menunggang RXZ masuk ke kawasan sawah padi di tapak program.

Anaknya, Mohd Sufi Mohd Shukri, memberitahu, motosikal RXZ itu merupakan milik peribadi bapanya.

“RXZ tu motosikal abah sendiri. Abah memang minat, RXZ tu abah guna sejak 2018 lagi,” katanya kepada Buletin TV3.

Pegawai Media Menteri Besar, Yasir Arafat Abni Hajar memaklumkan Mohd Shukri turut mengunjungi semua reruai (booth) di tapak program seterusnya bergambar bersama pengunjung PAT 2023.

Baca Lagi:
Sebenarnya abang tolak tak kuat pun, saya salah landing’ – Fasha Sandha pertahankan Azhan Rani
Datuk Seri Vida dilamar individu tak dikenali, peminat teruja nak tahu siapa
Dendam, buli motif warga Nepal dikerat tujuh, mayat ditemui dalam bag tepi lebuhraya utara-selatan
CATEGORIES