Mazda CX5 nyaris dihanyutkan air laut, pemandu tak sedar air sedang pasang

Mazda CX5 nyaris dihanyutkan air laut, pemandu tak sedar air sedang pasang

Mazda CX5 nyaris dihanyutkan air laut, pemandu tak sedar air sedang pasang. Gara-gara terleka ‘healing’ di tepi pantai, kereta dinaiki tiga individu ditengelami air dan hampir dibawa hanyut ke dalam laut di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Johor.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Balai Polis Kuala Sedili di Facebook, kenderaan jenis Mazda CX5 itu ditengelami air berpunca daripada air laut yang sedang pasang dan ia tidak disedari oleh mangsa.

Terlalu asyik & kurang pengalaman tentang keadaan laut

Mazda CX5 nyaris dihanyutkan air laut, pemandu tak sedar air sedang pasang

Ujarnya, mangsa ketika itu sedang asyik bersiar dan menyusuri pantai selain kurang pengalaman mengenai keadaan laut.

Menurut polis, laporan berhubung kejadian itu turut dibuat oleh pemilik kenderaan tersebut di Balai Polis Kuala Sedili.

@ira.bumi_Sebuah kereta jenis Mazda CX5 ditenggelami air dan nyaris dihanyutkan ke dalam laut di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor semalam.♬ Funny Song – Cavendish Music

Polis ingatkan orang ramai berhati-hati ketika berkunjung ke pantai

SM Saidon dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai yang berkunjung di kawasan pantai di kawasan itu untuk sentiasa mengambil langkah menjaga keselamatan untuk mengelakkan dari berlakunya perkara tidak diingini.

Melihat di ruangan komen, ada yang mengucapkan tahniah kepada indvidu yang berjaya menarik kenderaan tersebut selain turut menyakatan kenderaan Mazda CX5 itu mungkin akan berkarat kerana dimasuki air laut.

“kesian juga.. tapi kelakar juga”

Mazda CX5 nyaris dihanyutkan air laut, pemandu tak sedar air sedang pasang

Baca Lagi:
Lelaki conteng masjid hina nabi undang kecaman orang ramai
Aksi pakcik tersasul sebut pusat pemindahan jadi pusat pemulihan undang rasa gelihati netizen
Pelanggan wanita bawa bakul besar berisi duit syiling beli 7 cincin emas
CATEGORIES