Mayat wanita 26 tahun ditemui dalam kereta dengan kesan tikaman bertubi-tubi pada tubuh

Mayat wanita 26 tahun ditemui dalam kereta dengan kesan tikaman bertubi-tubi pada tubuh

Mayat wanita 26 tahun ditemui dalam kereta dengan kesan tikaman bertubi-tubi pada tubuh.

Seorang wanita mati dibunuh dengan kesan tikaman pisau bertubi-tubi pada badannya sebelum ditinggalkan dalam sebuah kereta di sekitar daerah ini, semalam.

Kejadian menimpa mangsa berusia 26 tahun itu diketahui susulan maklumat awam diterima polis kira-kira-kira pukul 2.17 petang, selepas kedua-duanya pergi ke kawasan parkir di sekitar kawasan tersebut sejurus selesai makan.

Mayat wanita 26 tahun ditemui dalam kereta dengan kesan tikaman bertubi-tubi pada tubuh

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan warga tempatan itu menemui seorang lelaki berusia 44 tahun di sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 6 di sini, pukul 1.20 tengah hari.

“Setibanya di sebuah kereta Chevrolet, suspek menikam mangsa beberapa kali dengan pisau dan memasukkan wanita itu ke dalam kereta lalu beredar.

“Suspek kemudiannya pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar dan cuba mengejutkan mangsa namun gagal,” katanya hari ini.

Menurut Hoong Fong, suspek seterusnya mencederakan diri sendiri dengan menikam badannya menggunakan pisau yang sama dan bertindak atas maklumat, polis menahan suspek di lokasi berkenaan, kira-kira pukul 4.20 petang hari sama.

“Pemeriksaan lanjut menemui mangsa di tempat duduk penumpang kereta itu dan disahkan sudah meninggal dunia dan turut ditemui, sebilah pisau yang digunakan suspek tersebut,” katanya.

Jelas beliau, berdasarkan laporan bedah siasat menunjukkan terdapat banyak kesan tikaman pada tubuh mangsa dan punca kematian akibat ditikam di dada menembusi jantung.

“Semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Baca lagi:
“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu” – Kucing tersangkut atas pokok 60 meter gara-gara kejar burung
“Awak penipu, curang dan tak berguna!” – Isteri umum suami curang di papan iklan gergasi Taman Tun Dr Ismail
Imam surau nyaris ditikam lelaki terganggu dengar bacaan al-Quran
CATEGORIES