Mayat sudah ‘berbau’ ditemui dalam Bezza di tapak jualan but kereta di Damansara

Photo of author

By Syima Iza

Mayat sudah ‘berbau’ ditemui dalam Bezza di tapak jualan but kereta di Damansara.

Pengujung  tapak jualan but kereta di Damansara, Petaling Jaya, Selangor dikejutkan dengan penemuan mayat yang berada di dalam kereta pada Ahad.

Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad itu, kelihatan beberapa orang awam yang sedang mengerumuni kereta jenis Perodua Bezza selepas mendapat tahu terdapat sekujur tubuh tidak bernyawa di dalamnya.

Mayat sudah 'berbau' ditemui dalam Bezza di tapak jualan but kereta di Damansara

Kejadian itu bagaimanapun dikatakan disedari mereka selepas terhidu bau yang kurang menyenangkan ketika berada di sekitar kawasan tersebut.

Salah seorangnya mendakwa, mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat bunuh diri kerana terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di kereta berkenaan.

“Kalau tak silap dia bunuh diri sebab dia siap letak notis lagi di kereta dia,” komen @helloathirahjohari.

Nota yang ditinggalkan di dalam kereta mangsa. — Twitter/@aunaldenwana

Bukan itu sahaja, terdapat juga satu dakwaan yang mengatakan bahawa mayat tersebut sudah berada di dalam kereta selama dua hingga tiga hari tetapi baru disedari pada Ahad.

@mirajhn Orang ma.ti Cbs kota #trending #viral #cbs ♬ original sound – MJ

“Dengar cerita bunuh diri. Mayat dah lama dalam tu, dua hingga tiga hari tapi orang baru perasan. Tak tahu sahih atau tidak,” tulis @shuhaahmad.

Namun, identiti dan punca kematian mangsa masih belum dapat dipastikan lagi.

Sementara itu, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini.

Baca lagi:
Pelanggan terkejut, nasi putih RM2.50 sepinggan, sup tulang RM19
“Macam nak telan dia tengok” – Pemuda terpegun lihat kecantikkan Elisya Sandha raih perhatian ramai
Tetamu hotel terkejut dikenakan caj RM2,000 kerana merokok dalam tandas di bilik hotel