‘Mayat siapa di rumah?’ Keluarga terkejut tiba-tiba penjara call maklum anak masih hidup

Photo of author

By Syima Iza

‘Mayat siapa di rumah?’ Keluarga terkejut tiba-tiba penjara call maklum anak masih hidup. Sebuah keluarga yang sebelum ini dimaklumkan bahawa anak lelaki mereka telah meninggal dunia, terkejut apabila mengetahui anak tersebut rupanya masih hidup.

Bapa lelaki itu yang dikenali sebagai Chantren, 45, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada pihak Penjara Sungai Buloh pada 3 Mac lepas, memaklumkan anaknya berusia 19 tahun meninggal dunia sehari sebelum itu.

“Kami diminta menuntut mayatnya di Hospital Sungai Buloh, Selangor namun pihak berkenaan tidak membenarkan kami berbuat demikian sehingga saya menurunkan tanda tangan.

'Mayat siapa di rumah?' Keluarga terkejut tiba-tiba penjara call maklum anak masih hidup

“Sebaik melihatnya, kami mendapati keadaan wajahnya setelah bedah siasat berbeza kerana ada kesan jahitan selain rambutnya telah dibotakkan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Taman Desa Permai di sini pada Ahad.

Ujarnya, mayat anaknya itu telah dibawa pulang ke rumahnya kira-kira jam 12 tengah malam tadi untuk urusan pengebumian.

“Bagaimanapun sekitar tiga ke empat jam sebelum proses pengebumian dilaksanakan, pihak penjara menghubungi kami bahawa anak kami masih hidup dengan membuat panggilan video.

“Tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan, anak kami masih hidup dan mayat siapa pula di rumah ini?

“Sehingga kini masih tidak dimaklumkan kenapa anak kami ditahan di penjara atas kesalahan apa termasuklah kekeliruan berhubung mayat yang ada di sini,” katanya yang memaklumkan anaknya itu tinggal dan bekerja di Selayang sebelum ditempatkan dengan lelaki yang meninggal dunia itu.

Katanya, pihak penjara telah tiba di kediamannya untuk membawa pulang mayat tersebut selain dia juga meminta untuk bertemu anaknya di penjara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Miaforce, S Dayalan yang turut berada di lokasi menggesa pihak bertanggungjawab menjelaskan keadaan sebenar susulan ia menyebabkan kekeliruan selain menjejaskan emosi keluarga berkenaan.

Baca Lagi:
Kasih sayang bapa saudara sanggup dukung anak saudara ke pelamin meruntun hati ramai
Wanita gantung 30 helai seluar dalam pada kabel elektrik, protes projek perumahan
Bayi lelaki 10 bulan tersedak selepas diberi hisap vape