Mayat remaja perempuan leher dijerut, separuh bogel ditemui dalam longkang

Mayat remaja perempuan leher dijerut, separuh bogel ditemui dalam longkang

Mayat remaja perempuan leher dijerut, separuh bogel ditemui dalam longkang. Mayat seorang remaja perempuan berumur 15 tahun disyaki dibunuh ditemukan dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang berhampiran sebuah ladang kelapa sawit dekat Brantian, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu daripada pengurus ladang terbabit pada jam 2.45 petang.

Menurutnya, siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati mayat perempuan terbabit ditemukan orang awam dalam keadaan separuh bogel dengan leher dijerut serta tangan mangsa diikat.

Mayat remaja perempuan leher dijerut, separuh bogel ditemui dalam longkang

“Terdapat juga beberapa kecederaan pada tubuh mangsa iaitu koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri dipercayai disebabkan objek keras selain tangan dan leher diikat menggunakan pita pelekat berwarna hitam.

“Mayat remaja itu kemudiannya di bawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan pihak polis masih menunggu hasil laporan terbabit bagi mengetahui punca kematian termasuk sama ada mangsa dirogol atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata susulan laporan dan maklumat yang diterima pihaknya berjaya menahan seorang suspek remaja lelaki berumur 14 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa adalah anak pekerja ladang warga asing dan tinggal di kawasan kejiranan yang sama.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 5 sehingga 11 Januari.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jangan cuba follow kami! Twitter , Facebook

Baca Lagi:
Nikah pagi, petang sudah boleh balik, murah dan sukar dihidu isteri pertama. – Ejen nikah Siam
Terjerat dengan cinta ‘pucuk muda’, warga emas kerugian RM68,460
Batal lesen perniagaan: Pemilik kelab komedi cabar keputusan DBKL
CATEGORIES