Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi

Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi

Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi. Meskipun rumah musnah terbakar dan seorang mangsa rentung, namun senaskah kitab suci al-Quran yang berada di sisi mangsa masih dalam keadaan elok.

Kebesaran Allah itu diperlihatkan dalam kejadian kebakaran di Kampung Paya Pelantar di sini yang mengorbankan seorang lelaki yang mengalami masalah mental, Mohd. Yusof Idris, 65, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang tinggal seorang diri di rumah itu ditemui rentung dalam keadaan terlentang di dalam bilik.

Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi

Bagaimanapun, senaskah al-Quran yang tidak ‘dimakan’ api turut ditemui di atas katil besi yang hangus berhampiran mayat mangsa.

Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi

Inilah al-Quran yang ditemui di sisi mangsa.

Abang mangsa, Abu Hassan Idris, 68, berkata, mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik mengalami masalah mental sejak kecil lagi dan tidak tahu membaca atau menulis.

Katanya, meskipun tidak tahu membaca, mangsa mampu membaca surah-surah pendek dan sering ke masjid serta membuka kitab suci al-Quran.

“Setiap kali bangun tidur, dia akan terus membuka al-Quran, helaian demi helaian, begitu juga ketika berada di masjid dan surau seolah-olah membaca setiap helaian, tetapi dia mengulang membaca surah pendek.

“Dia dengar ustaz kata kalau tidak boleh baca, tetapi mende­ngar dan membuka al-Quran juga dapat pahala, itu yang menyebabkan dia sering membuka al-Quran,” katanya.

Abu Hassan memberitahu, adiknya yang tidak berkahwin itu juga sering berjalan kaki ke masjid untuk membaca al-Quran.

Katanya, dia mengesyaki kejadian kebakaran berpunca daripada kayu api kerana adiknya itu masih menggunakan kayu api untuk memasak.

Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi

Mayat Mohd. Yusof ditemui dalam keadaan rentung.

Kakak mangsa, Zaiton Idris, 68, pula berkata, dia tidak me­nyangka kedatangan adiknya ke rumahnya kelmarin untuk meminta masak sup ayam menjadi hidangan terakhir mangsa.

“Jarang dia datang makan di sini dan semalam (kelmarin) dia menyatakan sungguh sedap sup ayam dan meminta bekal untuk dibawa pulang sebelum saya menghantar sup ayam ke rumah­nya,” katanya.

Zaiton berkata, semasa keja­dian, dia bersama ahli keluarga berada di surau yang mengadakan program bacaan Yasin.

“Kami terkejut apabila ada seorang remaja memberitahu rumah terbakar dan kami bergegas balik tetapi api sudah marak,” ujarnya.

Mayat lelaki ditemui rentung bersama al-Quran disisi

MOHD YUSOF

Penolong Pengarah (Ope­rasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, rumah separuh kekal itu musnah 90 peratus dan pihaknya masih menyiasat punca sebenar kebakaran.

Baca lagi:
Penumpang gesa Anthony Loke ambil tindakan tegas terhadap Air Asia
Wanita tertekan, dipaksa layan nafsu suami ketika waktu bekerja guna ‘video call’
Gara-gara putus cinta, wanita cuba terjun jambatan Putrajaya
CATEGORIES